Sunday 28 August 2011

FESIS 2011 - DAKWAH DAN SENI BERSATU

Nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti dari kata qasidah sebagaimana yang dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan.Namun jika ditinjau dari bahasa Arab,nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud membangkitkan, memberikan semangat, meneriakkan dan lain-lain.


Nasyid juga telah menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah, ini selaras dengan maksud Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 135:


“ Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik.”


Hikmah boleh ditafsirkan dengan kata-kata yang lembut, tidak dilakukan secara paksaan dan tidak terkecuali daripada menggunakan kata-kata berseni dan lagu yang meruntun jiwa, yang boleh memberikan kesan mendalam kepada jiwa manusia sebagaimana nasyid.


Nasyid juga turut mengajak manusia untuk berzikir kepada Allah S.W.T di mana unsur-unsur zikir dan doa turut menghiasi seni nasyid, disamping dijadikan sebagai kaedah yang boleh membantu memudahkan hafalan Asmaul Husna, nama-nama nabi, sifat-sifat Allah dan Rasul-Nya, dan nama-nama surah yang terdapat dalam Al-Quran


Untuk ini,Jabatan Pengajian Islam dan Moral ( JAPIM ) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang ( PAI) telah menganjurkan Festival Inspirasi Seni 2011 yang sinonim dengan nama FESIS 11' bagi menyokong usaha dakwah ini.



MESYUARAT TERGEMPAR FESIS 2011


Jawatankuasa Tertinggi FESIS 2011

Pengarah Program: Mohd Zulhasnan Bin Abdullah
Timb. Pengarah I: Hasbullah Bin Mohd @ Mat Isa
Timb Pengarah II: Afida Akmar Binti Abdul Rahim
Setiausaha I: Khairul Naim Bin Jaafar
Setiausaha II: Fatma Wahida Bt Amran
Bendahari: Muhammad Hazman Bin Shafii


Pengarah Program,Abu Saut sedang membentangkan skop-skop tugas Jawatankuasa Pelaksana FESIS 2011.

Ahli-ahli lujnah membentuk halaqah untuk menyusun perancangan bagi menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada lujnah masing-masing

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS,SEMUA!


0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)