PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Wednesday 13 May 2009

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Lujnah Rekreasi & Perhubungan Luar Persatuan Agama Islam (PAI) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang telah dapat melaksanakan aktiviti riadah bagi bulan April. Aktiviti ini telah dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori ikhwah dan akhawat. Aktiviti ini diwajibkan kepada setiap ahli PAI. Butir-butir riadah ini adalah seperti berikut:

Tema : 1 Tujuan, 1 Pasukan, Cemerlang Selamanya
Tarikh : 22 April 2009 (Rabu)
Masa : 5.00 – 6.45 petang
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Bola Tampar
Institut
Jenis permainan : Futsal (Ikhwah)
Bola Tampar (Akhawat)

Aktiviti riadah ini dijalankan bagi memenuhi objektif-objektif berikut:
Menyemai hadis Rasulullah dalam diri setiap ahli PAI iaitu “Orang Mukmin yang Kuat Lebih Baik dan Dicintai oleh Allah daripada Orang Mukmin Yang Lemah”
Mengeratkan silaturrahim – medium untuk ahli mengenali antara satu sama lain
Melahirkan ahli PAI yang cergas dan cerdas
Mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PAI
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam pergaulan, pemakaian dan lain-lain.
FUTSAL (IKHWAH)
MASA
PERKARA
5.00 ptg
1. Tazkirah
- Aktiviti dimulakan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh Akhi Rozaimi tentang 4 waktu, 4 macam manusia dan 6 ciri kebodohan.
- Tujuan tazkirah ringkas ini adalah untuk member peringatan kepada ahli PAI disamping bermain dan bersukan.
5.15 ptg
2. PEMBAHAGIAN PASUKAN
- Setelah selesai tazkirah, Akhi Luqman mengambil alih untuk pembahagian pasukan.
- Seramai 8 orang peserta terlibat dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan A dan B.
- Konsep permainan adalah sama seperti bermain futsal tetapi setiap pasukan dikehendaki menjaringkan gol dengan menendang bola mengenai kerusi yang berfungsi menggantikan tiang gol
5.20 ptg
3. PERLAWANAN FUTSAL
- Permainan dimulakan (masa pertama) dan kumpulan A (Luqman, Hanif, Zhaf & Rafi) telah Berjaya menjaringkan 3 gol manakala kumpulan B (Amin, Asyraf dll) hanya mampu menjaringkan gol sulung mereka pada minit ke-7.
- Pada masa kedua, ahli pasukan bagi tiap-tiap pasukan telah bertambah kerana kehadiran peserta-peserta yang baru sampai.
- Kesudahannya, kumpulan A menjaringkan 7 gol manakala kumpulan B dengan 3 gol
6.30 ptg
4. REFLEKSI
- Akhi Rozaimi mengendalikan sesi refleksi tentang perlawanan yang telah dijalankan
6.45 ptg
5. BERSURAI


-ikhwah riadhah-

BOLA TAMPAR (AKHAWAT)
MASA
PERKARA
5.00 ptg
1. TAZKIRAH
- Ukhti Izma telah berkongsi satu tazkirah bertajuk “Sukan dalam perspektif Islam”
- Tazkirah ini adalah bertujuan untuk memperingatkan ahli PAI tentang kepentingan dan galakan bersukan dalam Islam.
5.15 ptg
2. PEMBAHAGIAN PASUKAN
- Ukhti Aisah telah mengendalikan sesi pembahagian pasukan. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, Kumpulan Siti Khadijah dan Siti Aisyah
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 peserta
5.30 ptg
3. PERLAWANAN BOLA TAMPAR
- Ukhti Aisah mengendalikan sesi regangan
- Pengadil perlawanan pada separuh masa pertama ialah Ukhti Athirah dan separuh masa kedua ialah Ukhti Adilah
- Perlawanan telah dimenangi oleh Kumpulan Siti Khadijah (Anis, Bahijah, Ummi Nadiah, Atiqah, Nadiah dll)
6.20 ptg
4. REFLEKSI
- Ukhti Nadiah telah mengendalikan sesi refleksi
- Antara cadangan yang diperolehi ialah untuk bermain permainan lain seperti bola jarrng dan bola baling pada asa akan datang
- Para ahli PAI juga diingatkan agar menepati masa sekiranya aktiviti sebegini dijalankan pada masa hadapan
6.45 ptg
5. BERSURAI


-akowat riadah-


PENGHARGAAN

Lujnah Rekreasi & Perhubungan Luar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga buat semua ahli PAI yang telah sama-sama memeriahkan perlawanan futsal dan bola tampar ini. Diharapkan pada aktiviti akan datang, sambutan sebegini atau yang lebih baik lagi dapat kami terima. Sekiranya terdapat sebarang cadangan untuk aktiviti-aktiviti pada masa akan datang, sila kemukakan kepada ahli-ahli lujnah kami.

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

Monday 11 May 2009

LAPORAN SEMINAR PEMANTAPAN ROHANI 2009

LAPORAN SEMINAR PEMANTAPAN ROHANI 2009

Pada 18 April 2009 yang lalu, Persatuan Agama Islam telah menganjurkan Seminar Pemantapan Rohani 2009 bertempat di surau Al-Falah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 48 orang ahli PAI hadir untuk menjayakan seminar ini.

Objektif seminar ini adalah adalah untuk menimba pengetahuan khususnya berunsurkan rohani, melahirkan generasi guru yang seimbang bukan sahaja dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual malah rohani. Selain itu, melalui program seperti ini, semangat kerjasama antara ahli Persatuan Agama Islam dapat dipupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.

Pendaftaran peserta dikendalikan oleh saudara Zulzafran bagi peserta lelaki manakan saudari Noor Adilah bagi peserta perempuan. Sebelum mendaftar, para peserta dikehendaki untuk menghafal potongan ayat Al-Quran iaitu daripada surah At-Taubah, ayat 71. Selain untuk mengisi senggang waktu sebelum program bermula, hafalan ini sekurang-kurangnya memberi peringatan mengenai tafsiran ayat tersebut.

Slot pertama pada hari tersebut bertajuk “Islahlah Diri Kamu, Serulah Orang Lain”. Penceramah yang dijemput untuk memberikan ceramah ialah Dr Rizal. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya untuk memperbaiki diri dalam dakwah agar dicontohi oleh orang lain. Selain itu, beliau menerengkan tentang tabiat marhalah dan memberi tips-tips berguna untuk menjadi seorang individu muslim yang berjaya tidak kira di dunia mahupun akhirat.

Slot pertama berakhir pada jam 10.30 pagi dan disambung pada jam 11.20 pagi selepas kudapan dan solat sunat dhuha. Slot kedua bertajuk “ Islam dan Haraki”. Perceramah bagi slot kedua ialah Ustaz Rozi. Dalam ceramah ini, peserta mengulangkaji mengenai makna iman dan beliau menekankan peranan seseorang pendakwah dalam sesebuah gerakan. Sesi soal jawab diadakan sebelum slot tersebut berakhir.

Peserta diberi rehat selama satu jam bermula dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang untuk makan tengah hari, solat zohor dan hikmah permata. Pada jam 2.15 petang, LDK 1 dimulakan dan dikendalikan oleh saudara Zulzafran. Dalam aktiviti ini, peserta diuji dari segi kecerdasan mental dan fizikal untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Setelah tamat aktiviti pertama, LDK 1 diteruskan dan dikendalikan oleh amirah Persatuan Agama Islam iaitu saudari Nurizma Harliana. Dalam LDK 2, peserta dikehendaki membincangkan tentang 10 muwasafat tarbiyah dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan di hadapan peserta lain. Selepas LDK 2 tamat, sesi refleksi diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan seperti masalah dalam persatuan, kritikan, cadangan dan pandangan untuk memperbaiki persatuan ini sendiri.

Refleksi diadakan selama 20 minit dan para peserta solat Asar secara berjemaah dan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab, mereka disaji dengan minuman petang dan bersurai pada jam 5.00 petang.

KLIK-KLIK!!

-Memberi sedikit saguhati kepada penceramah-

-senyum sokmo-

-tumpuan penuh-


-khusyuk-

-makan beramai - ramai-


-silaturrahim yang terjalin-





MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)