Saturday 20 August 2011

kEjaRrrrLah DiaA!!!!

Alhamdulillah,kini kita telah melangkah ke fasa terakhir Ramadan..

pejam celik pejam celik sekejap je dh HaBiSs 20 hari kita berpuasa..
mcm2 lagu raya dh bermain kat radio tu ha..
Tv apatah lagi..pelbagai rancangan menarik menanti anda...maSak2 kuih RAYA la, movie raya, cRitA raya, RanCAnGan raya n plbagai lagi la walaupun raya xkunjung tiba gi pun..

memang seronok nak raya..tapi apbila difikir2 balikkan, kita ni ibarat mengalu-alukan ramadan pergi tanpa rasa sikit pun perasaan menghargai..

pepatah melayu ada mengatakan kuman seberang laut nampak tapi gajah yang besar di depan mata langsung kita tak nampak



rakan2, teman2, sahabat2..
marilah!!ayuhlah!!!
kita hargai baki2 ramadan yang tinggal ni..
pernahkah sahabat2 terfikir,mungkin adakah ini ramadan kita yang terakhir ???

mari kita manfaatkan 10 hari terakhir ni dengan perkara2 yg kiranya ini adalah ramadan kita yang terakhir maka Insyaallah kita tidak akan menyesal dan terkilan dengan amal kita

malah 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

jom SAHABAT2!!

PAI menyeru kepada semua untuk bangun!! jangan asyik dibuai mimpi...tetapi bangunlah dan terus berlari! jangan jalan mahupun berjoging. INGAT, kita hanya tinggal 10 hari sahaja untuk bersama Ramadan 1432H.


Kejarlah sebanyak mungkin amal dan jgn biarkan orang lain yang mendahului. ingat! diri ini mesti menang.menang dengan hawa nafsu sendiri, menang dalam berbakti dan menang jua dalam mencari reda dan rahmat Illahi.


selamat berlari dan kejarlah 10 Ramadan terakhir ini!





0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)