PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Wednesday, 23 March 2011

SRIKANDI YANG BERCITA-CITA TINGGI

Wanita-wanita Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. merupakan wanita yang sangat taat menunaikan tuntutan agama, gigih dan tabah menghadapi cabaran hidup demi mendapatkan keredhaan Allah. Oleh itu, mereka saling berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan untuk mendapat pahala. Mereka ini termasuklah Asma’ binti Yazid, seorang ahli hadis yang juga ahli pidato.

Ia bermula apabila kaum wanita mukmin pada waktu itu turut mahukan keistimewaan-keistimewaan yang diperolehi oleh kaum lelaki. Suatu hari, mereka telah membincangkan perkara perkara tersebut sesama mereka lantas meminta Asma’ binti Yazid menjadi utusan mereka untuk membawa perkara tersebut kepada Rasulullah. “Wahai Asma’, kamulah orang yang paling sesuai untuk kami amanahkan tugas ini,” ujar mereka.

Asma’ menerima cadangan itu. Sebagai seorang wanita yang bercita-cita tinggi, iaitu mendapat kedudukan tinggi di sisi Tuhan serta kehidupan yang baik di akhirat, dia sendiri pun sememangnya mahukan penjelasan tentang perkara tersebut. Apa lagi apabila mendapati bahawa wanita-wanita lain tiada yang sanggup tampil ke hadapan. Dengan menjaga adat kesopanan sebagai wanita beriman Asma’ pun pergi menemui Rasulullah.

“ Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah s.w.t. menguruskan tuan kepada kaum lelaki dan wanita, lalu kami beriman kepadamu. Namun, kami kaum wanita tidak mempunyai peluang yang sama seperti kaum lelaki. Pergerakan kami amat terbatas. Sedangkan, orang-orang lelaki mempunyai pelbagai kelebihan kerana dapat memperolehi pahala yang banyak dengan melakukan pelbagai tututan agama yang diperintahkan ke atas mereka seperti bersolat Jumaat dan solat berjemaah di masjid, mengunjungi orang sakit, dan menghantar jenazah ke kubur. Mereka juga boleh pergi menunaikan haji berapa kali yang mereka mampu dan yang lebih utama, mereka berpeluang untuk turut serta di dalam perjuangan menyebar dan mempertahankan kesucian agama. Ketika mereka keluar menunaikan tuntutan-tuntutan tersebut, kami tinggal menjaga harta dan mengurus rumah tangga. Maka, bagaimana kami (kaum ibu) akan mendapat pahala seperti mana yang diperolehi oleh kaum lelaki?” ujar Asma’.

Pertanyaan Asma’ itu mengembirakan hati Rasulullah. Lantas baginda menjawab, bahawa apa yang dilakukan oleh kaum wanita untuk suami dan anak-anaknya, adalah menyamai pahala apa yang dilakukan oleh suami mereka.

Asma’ telah meriwayatkan sebanyak 81 buah hadis Rasulullah. Dia juga pernah turut serta di dalam Perang Yarmuk dan berjaya menumpaskan Sembilan orang Rom dengan tiang khemahnya.

Begitulah kesungguhan Asma’ dalam memenuhi cita-citanya, namun keadaan ini kelihatan sukar dilihat pada masa kini. Lihat sahaja, lelaki merokok…..wanita juga ada yang merokok, lelaki merempit dan mendapat gelaran “Mat Rempit”….wanita turut tidak terkecuali dalam gejala merempit, malah mendapat gelaran “Minah Rempit”….sama-sama kita menilai diri dari semasa ke semasa, adakah apa yang kita buat hari ini lebih baik dari semalam?,…. JOM BUAT REFLEKSI DIRI.

Monday, 7 March 2011

PERISTIWA DI DALAM KELAS TINGKATAN 2B


Pada suatu hari di dalam kelas pendidikan islam, seorang ustaz telah mendapati pelajarnya telah mula mengantuk dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang diajar olehnya.

Ustaz tersebut mula berfikir, apakah yang patut dilakukan untuk menarik perhatian pelajarnya…

Ustaz:

Murid-murid sekalian, ustaz nak cerita satu crita yang best, nak dengar tak?

Pelajar:

Cerita!... Best!,…. nak dengar,….nak dengar….crite la ustaz…

Ustaz Nor sudah mula mendapat maklum balas yang positif dari muridnya, dia berharap walaupun ini bukanlah salah satu topik yang perlu diajarnya, sekurang-kurangnya cerita yang akan disampaikan akan memberi nilai yang sangat berguna kepada pelajarnya.

Ustaz Nor:

Cerita nya bermula begini….(semua pelajar mula memberi perhatian sepenuhnya, mata mereka menuju tepat ke muka Ustaz Nor yang mula bercerita).....Pada suatu hari, terdapat sekelompok yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju ke daratan yang jauh.. setelah sekian lama di lautan, daratan masih tidak kelihatan.Maka pada suatu hari, kapal itu singgah di sebuah pulau. Kemudian kelasi kapal membuat arahan kepada penumpang-penumpang kapal tersebut, bahawa mereka dikehendaki turun ke pulau tersebut untuk menyediakan bekalan yang secukupnya bagi meneruskan perjalanan seterusnya. “ kamu semua hendaklah segera kembali ke kapal ini, apabila siren atau loceng kapal ini dibunyikan”. Tegas kelasi kapal itu.

Ustaz Nor berhenti bercerita dan memandang kearah muka murid-muridnya,….

Ustaz Nor:

Apa yang kamu faham dari apa yang ustaz cerita tadi?

Arif:

Saya ustaz, saya nak jawab soalan ustaz,…ustaz cerita ada laut, ada kapal, ada manusia,….hmmm… maksudnya orang tu nelayan la ustaz! Mereka pergi menangkap ikan…betul kan ustaz jawapan saya?

Ustaz Nor:

Betul jawapan Arif tu, tapi tidak bertepatan dengan apa yang ustaz kehendaki…ustaz mahu jawapan yang tersirat dari apa yang ustaz ceritakan tu. Tak pa la, dengar dulu sambungan cerita ni k,.

Pelajar:

baik ustaz(serentak) …

Ustaz Nor:

Para penumpang yang turun dari kapal itu terbahagi kepada tiga kumpulan utama. Golongan pertama sentiasa sedar dan ingat bahawa mereka singgah sebentar sahaja di pulau itu semata-mata untuk mendapatkan bekalan. mereka juga sentaisa ingat bahawa pulau itu bukanlah tujuan atau destinasi utama perjalanan mereka.bila siren dibunyikan mereka terus naik ke kapal dengan bekalan yang secukupnya.

Golongan kedua pula terpengaruh dengan keindahan pulau tersebut. Pohon-pohon menghijau, airnya jernih, ikannya jinak, pemandangan memikat dan sebagainya. mereka terpegun dan terlena. Bila siren dibunyikan mereka tergesa-gesa kembali, dan tidak sempat membawa bekalan yang sepatutnya.

Golongan ketiga pula begitu leka dan lalai dengan keindahan pulau itu, malah asyik berseronok dan memuaskan nafsu sahaja. Bila siren dibunyikan pun mereka masih leka tanpa mempedulikan bunyi siren itu.

Akhirnya kelasi kapal datang memaksa mereka naik ke atas kapal itu sebagai orang yang salah, tangannya diberkas dan mula menjalani hukuman demi hukuman.

Ustaz Nor:

Camne, dapat jawab soalan ustaz sebentar tadi?

Ahmad:

Ustaz….apa salah mereka sampai kena paksa naik atas kapal?, pulau kan cantik, mesti nakmatinya sepuas-puasnya…lepas tu naik la kapal…

Ustaz Nor:

Hmm…(sambil cuba menahan gelak dengan pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pelajarnya)…kamu semua masih tidak mengerti mesej yang ingin disampaikan oleh ustaz….jawapannya begini…. Kita hidup didunia ini ibarat orang yang sedang belayar yang menuju ke destinasinya iaitu akhirat, namun sebelum itu, kita berhenti seketika di bumi sebagai tempat untuk diuji dengan pelbagai kenikmatan disamping kita perlu mendapatkan bekalan, bekalan itu amal ibadah kita la…semakin banyak yang kita kumpul semakin senang la kita untuk menuju ke destinasi nanti, namun ada yang leka, sampai lupa bumi hanya tempat persinggahan sementara sampailah ajal menjemputnya… Nauzubillah….itulah pengajaran yang ustaz nak sampaikan kepada kamu..

Pelajar:

Oo…

Syukri:

Kami kan masih muda, jadi enjoy la dulu ustaz, bila tua taubat je laa…

Ustaz Nor:

Syukri, Syukri…adakah kamu yakin kamu sempat untuk merasai zaman tua kamu?, tidak kan!,… ajal kita boleh tiba bila-bila masa sahaja, tidak mengira kedudukan, harta mahupun usia kamu…malah pada masa usia muda inilah kamu patut memperbanyakkan amalan soleh kerana kamu lebih kuat, ingatan lebih cekap dan pelbagai kebolehan lain yang boleh digunakan…..

( semua murid-murid tunduk tanda mengerti apa yang diperkatakan oleh ustaz mereka) …..

Ustaz Nor menyambung lagi kata-katanya…

Sebelum ustaz keluar fikirkanlah cerita ini … suatu ketika, Saidina Umar al-Khattab mempelawa sahabat yang berhimpun di sebuah rumah dan cuba mengkhayalkan apa yang paling mereka impikan. Seorang daripada mereka bersuara: “Aku mengangankan supaya rumah ini dipenuhi emas yang nantinya aku boleh belanjakan di jalan Allah.”

Seorang lain pula menyampuk: “Aku pula mengangankan supaya rumah ini dipenuhi intan permata yang nantinya akan aku sedekahkan dan belanjakan pada jalan Allah.” Ya, begitulah seterusnya hingga mereka kehabisan angan-angan dan berkata: “Kami tidak tahu apa lagi yang harus kami katakan wahai Amirul Mukminin.”

Selepas itu, barulah Saidina ‘Umar sendiri menyatakan keinginannya: “Aku mempunyai keinginan yang lain daripada kalian. Aku menginginkan sejumlah orang yang hebat seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadh ibn Jabbal dan Salim Mawla Abi Hudhayfah untuk membantu mendaulatkan kalimah Allah.”

Jika kita meneliti kisah itu, walaupun seperti gurauan seorang rakan kepada rakan yang lain, ternyata ia bukan sekadar suatu gurauan, tetapi suatu dialog cukup bermakna dan membawa mesej betapa pentingnya membina generasi berkualiti iaitu pemuda islam yang berkualiti untuk melaksanakan impian dan cita-cita umat.

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)