PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sunday 20 May 2012

UAI. Satu fenomena

Dahulu ketika tahun baru kian menjelang, dapat kita lihat satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia dimana Konsert Tahun Baru yang saban tahun menjadi hiburan seluruh penduduk negara ini sebelum tahun baru menjejakkan kaki tetapi pada titik permulaan tahun 2012 konsert tersebut kelihatan hambar dan suram. Apakah jawapan bagi persoalan ini? Hanya tiga huruf saja yang menjadi jawapan bagi persoalan ini. UAI!!!

Apakah sebenarnya UAI itu? Satu fenomena baru yang dapat menarik anak muda khususnya yang beragama islam bagi mendengar dan menimba ilmu daripada seorang insan yang bergelar UAI. Lebih sinonim dengan panggilan Ustaz Azhar Idrus. 

Pada malam 19 Mei 2012 kehadiran beliau berjaya menggegarkan Padang Kota Lama dan disaksikan oleh berpuluhan ribu manusia yang hadir. Turut disertai juga abang Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Ali XPDC serta pemain gitarnya. yang menjadi persoalannya bagaimana buat pertama kalinya majlis ilmu ini berjaya dihadiri majoriti  oleh anak muda tidak kira yang datang dari Alor Setar, Perlis dan juga geng seberang. Memetik kata Sham Kamikaze bahawa anak muda zaman sekarang lebih gemarkan hiburan oleh itu kita bawakan mereka hiburan tetapi yang ringan ringan dan lebih bertujuan mengingati Allah dan Rasulnya. Hakikatnya tidak salah untuk kita menggemari muzik asalkan tidak menjadi najis. Yang menjadi haramnya bukanlah kerana petikan gitar elektrik tetapi kandungan lirik lagu yang boleh merosakkan iman. Sesungguhnya Islam langsung menolak hiburan tetapi hiburan yang menolak Islam.

Majlis pada malam tersebut berkonsepkan santai dan lepak. Diiringi juga laungan takbir Allahuakbar oleh anak anak muda yang hadir pada majlis tersebut.Banyak soalan yang dikemukan untuk Ustaz Azhar Idrus yang merangkumi pelbagai aspek dan harus diambil berat oleh setiap umat islam. Antaranya soalan mengenai perkahwinan,adab,tatacara dan akidah kita sendiri.Majlis santai tersebut juga diserikan lagi dengan persembahan oleh Ali XPDC yang menyampaikan lagu lagu yang berunsurkan dakwah. Yang menariknya kesemua lagu yang disampaikan oleh Ali XPDC dalah ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri. Tuntasnya sentiasalah kita menghadiri majlis yang dipayungi malaikat ini sementara ulama'- ulama' kita masih hidup dan dapat mengembalikan kita ke jalan yang benar sebelum satu hari nanti Allah menjemput kesemua ulama' yang ada di muka bumi Allah ini. Marilah kita orang muda menyiapkan diri ke jalan Allah kerana orang muda adalah tulang belakang Islam. Ayuh bangun umat Islam!!!ALLAHUAKBAR!!


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
(al-Bukhari)

Sekian,
Wallhua'lam


orang ramai berpusu pusu seawal pukul 6 petang bagi menghadiri majlis ilmu UAI

bersedia untuk mengadakan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Muda Asyraf

menunggu ketibaan UAI

khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan UAI


ramai sungguh!!!!

gandingan terbaik!!!!
*maaf kerana kedudukan mengambil gambar tidak begitu menarik 

Wednesday 16 May 2012

Guru.......

Bismillahirahmanirrahim


Musim peperiksaan telahpun tiba. Baik senior mahupun junior sibuk menelaah pelajaran bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Namun begitu jangan cemerlang di dunia sahaja tetapi mestilah cemerlang di akhirat juga. Insyaallah.....

16 Mei sudahpun tiba dan ramai daripada kalangan pelajar guru yang telah mula mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru  mereka yang telah banyak berjasa kepada mereka. Alhamdullilah. Namun begitu tidak lupa juga sebaik baik guru yang pernah ada di muka bumi Allah ini, Nabi Muhammad S.A.W. Begitu banyak yang baginda berikan kepada kita termasuklah kasih sayangnya. Ilmu yang diberikan sama rata dan tidak mengira apa bangsa sekalipun. Baik ilmu di dunia dan di akhirat. Rasulluallah juga telah tinggal segala apa yang ada dalam dirinya sebelum baginda wafat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Oleh itu sambil sambil duduk menelaah pelajaran ada baiknya kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bagi sebagai ganti ucapan terima kasih atas ilmu yang diberikan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

“ Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik ; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil”. (riwayat at-Thabrani)

Guru sangat di pandang mulia di dalam Islam. Oleh itu bagi sesiapa yang pernah mengguris perasaan guru diharapkan ucapan maaf adalah jalan penyelesaiannya. Diharap juga bukan hanya 16 Mei ini kita berbuat baik dengan guru kita tetapi mestilah sampai bila bila kita berbuat baik dengan guru kita. Tidak lupa juga sentiasalah berselawat ke atas Nabi Muhammad iaitu sebaik baik guru yang pernah ada di muka bumi ini.

Sekian, 
Wallahua'lam







Monday 7 May 2012

Qalbun Saliim

Bismillahirahmanirrahim




Qalbun Saliim
Pertumbuhan manusia sangat unik. Bermula dari kecil hinggalah besar dewasa, kesemuanya diatur dengan baik oleh Allah swt. Tidak hairanlah jika Allah swt telah menukilkan di dalam surah At-Tiin:4;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Manusia dikurniakan tangan, jari, rambut, misai, kuku yang tumbuh dengan kadar tertentu sesuai dengan keadaannya. Bagi menghuraikan pertumbuhan manusia

Friday 4 May 2012

Diskusi Kitab 'Menyulam Cinta Menuju Alam Perkahwinan'

Bismillahirahmanirrahim



Alhamdullilah,selesai sudah diskusi kitab bersama salah seorang ulama' tersohor daripada tersohor daripada Indonesia iaitu Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Azamathkan Al-Bentani yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama IPGKPP. Syukur kehadrat Illahi walaupun baru selesai sambutan KOT IPGKPP tetapi masih ramai pelajar guru yang berpusu pusu supaya dipayungi sayap malaikat bagi mendengar amanat dan pesenan oleh Syeikh Rohimuddin. Sambutan yang menggalakkan juga diterima oleh warga IPG Kampus Darulaman serta IPG Kampus Tuanku Bainun. Walaupun jarak diantara IPGKPP dan institut mereka namun mereka tidak melepaskan peluang bagi mendengar dan menghayati ilmu yang disampaikan olah Syeikh Rohimmudin. Banyak perkara yang dapat didapati daripada majlis tersebut dan ia amat berguna bagi sesiapa yang terasa ingin menikah bak kata syeikh cara untuk mengelakkan maksiat durjana ialah segera bernikah. Diharap bagi pelajar guru yang hadir ke majlis ilmu sebentar tadi agar dapat menyampaikan ilmu kepada rakan yang lain dan anggaplah ia sebagai satu amanat buat kita dalam menyebarkan dakwah di bumi Allah ini.

Sekian,
Wallahua'lam




khusyuk  meneliti kitab karya Syeikh Rohimuddin

ketibaan Syeikh Rohimuddin disambut oleh selawat yang dibawa oleh kumpulan qasidah Al-Faidh

alunan qasidah olah kumpulan Al-Faidh

diskusi kitab bermula

sedikit jamuan bersama Presiden Pai, saudara Abdillah





Tuesday 1 May 2012

MasterChef IPGKPP

Bismillahirrahmanirrahim







Alhamdullilah, selesai sudah Masterchef IPGKPP yang bertampat di sekitar gelanggara dan blok muhibah yang telah disertai oleh pelajar guru yang bukan calang calang hebat dalam arena memasak. Kreatif dan Kritis. Elemen yang penting diperlukan oleh setiap peserta dalam menghasilkan masakan bermutu serta mampu menarik minat pelanggan. Tahniah juga diucapkan kepada para peserta kerana sentiasa memenuhi kehendak para pelanggan dan terus berniaga sehingga jam 10 malam. Bukan calang calang orang boleh berniaga dalam jangka masa yang lama. Sesungguhnya berniaga adalah satu perniagaan yang mulia di sisi Allah dan Rasulallah. Nabi  pun sebelum diangkat menjadi pesuruh Allah sentiasa mengikut bapa saudaranya, Abu Talib berniaga ke Syam. Di kalangan sahabat nabi juga ramai merupakan peniaga yang terkenal contohnya Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan salah seorang sahabt baginda yang diberitakan akan masuk ke syurga. Oleh itu, ternukti perniagaan itu adalah satu yang menggalakkan. Namun setiap daripada peniaga perlu berhati hati kerana di dalam bidang ini banayak perkara yang boleh mendatangkan dosa dan jika tidak dihindarai makan perniagaan itu akan jadi sia sia. Amaran amaran mengenai perniagaan banyak terdapat dalam hadis-hadis nabi antaranya :

    Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar."
    (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Oleh iti sentiasalah berniat baik dan mengamalkan sifat sifat mahmudah dalam melaksanakan perniagaan.

Sekian,
Wallahua'lam...
















MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)