PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Thursday 20 January 2011

sEdarKah kiTA??

Di sini, saya nak ckap ckit pasal benda common yang dilakukan oleh ramai org..iaitu MEROKOK..budaya MEROKOK nie semakin menular an...ramai org yg hisap rokok nie..lelaki ad,,pompuan ada,,muda,,tua,,miskin kaya..n etc..(kalo nk statistic yg tepat,,carilah kt internet,InsyaALLAH jumpa..hehe)..tp tahukah kamu MEROKOK ini hukumnya HARAM..(walaupn saya rasa ramai perokok yg thu,,p wat2 xthu)..maybe kebanyakkan org lihatMEROKOK ini benda yg kecik..Di ruang ini,,saya ingin beri sedikit penjelasan,,harap2 bley jadi iktibar kepada smua org..kalo ada slah pape tlg tego saya ye(maklumlah saya budak baru belajar,,faqir ag)..
al maklum bahawa hukum HARAM nie bukan cam hukum SUNAT,,kalau SUNAT,,ada sunat muakaddah(sunat yg digalakkan)n sunat yg xdigalakkan...TETAPI bila berkaitan dengan HUKUM HARAM,,adalah SAMA..HARAM tetap HARAM(cam tulisan haram 2,,walaupun nampak berbeza,,maksudnya sama,,wlaupon warna yg lain,,cm2 gak yg saya cuba kaitkan..)...kenapa kita dilarang makan babi,,tentunya hukumnya HARAM,,berzina hukumnya HARAM...(minta maaf kalo ayat agak kasar)..dan MEROKOK hukumya HARAM..so apa bezanya,,MAKAN BABI,BERZINA dan MEROKOK???jawapnnya TIDAK ADA PERBEZAAN..hukumnya still HARAM..p bila kita bercakap@menasihati tentg hukum MEROKOK nie HARAM,,kebanyakkan manusia sering memandang enteng mengenai hal tersebut..p bila kita berbicara tentang BERZINA,n MAKAN BABI,,manusia cukup jijik untuk melakukannya. p sedarkah kita ketiga-tiga hal tersebut(MAKAN BABI,BERZINA, MEROKOK) tidak ada bezanya..kerana di sisi ALLAH hukumnya tetapHARAM..oleh itu marilah kita bersama2 mengislahkan diri..berubah..di sini saya ingin selitkan pandangan para ulama' yg berijtihad bahawa MEROKOK itu HARAM...dalil2 yg mengatakan MEROKOK itu HARAM




1). Larangan melakukan tindakan membazir

وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya (al-Isra’:26-27)

2) Larangan menjerumuskan diri dalam kehancuran

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan (al-baqarah:195)

3)Larangan melakukan tindakan yang membahayakan diri dan orang lain.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَضَى أَنْ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ.

Dari ubadah bin Shamit, bahwa Rasulullah saw memutuskan untuk tidak melakukan hal-hal berbahaya dan membahayakan (orang lain) (HR Ibnu Majah)

Oleh itu,,saya ingin mengajak org ramai smoga dapat muhasabah dri bersama2..Di MAnakah kita Berada skrg ni???apakah masih di taKUk Lama @ suDah berhIjrah kepada yg lebih bAik???..renungi2lah n selamat beramal..=) (tiru trademark org ckit)

p/s: minta maaf ler kalo ayat terkasar,,dan kalo ada sebrg teguran,comment la ye...ana akhukum fil islam....

Tuesday 18 January 2011

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita!!!

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada-dada akhbar tentang gejala sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita. Perkara yang kita anggap hanya berlaku ketika zaman jahiliah seakan-akan telah berulang kembali, malahan ada yang lebih teruk daripada perkara yang berlaku pada zaman tersebut. Lihat sahaja pada masa kini,perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Apa yang nak jadi dengan masyarakat kita….ekoran lambakan kes-kes sebegini yang di paparkan kepada masyarakat saban hari, menjadikan kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku?, Apakah faktor yang menyumbang kepada perkara sebegini terus berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan? Persoalan demi persoalan muncul dalam benak fikiran kita apabila mengenangkan nasib masyarakat kita kini yang terus hanyut kelembah kebinasaan. Lebih parah lagi apabila berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Jika kita mengimbas kembali zaman sebelum islam, dimana orang-orang Arab sama ada lelaki mahupun perempuan mengerjakan amalan tawaf di Kaabah secara berbogel. Dalam waktu biasa lelaki jahiliah berbogel dalam kumpulan mereka tanpa segan dan malu. Bentuk pakaian pula yang lazim dipakai oleh wanita di zaman tersebut adalah dedah di bahagian-bahagian dada, lengan, belakang dan betis. Keadaan atau ciri-cirinya hampir sama dengan pakaian wanita-wanita zaman kini, iaitu wanita Amerika, Eropah, Jepun dan lain-lain. Cuma fesyennya saja yang berbeza.

Islam sebuah agama yang lengkap dan memimpin umat manusia ke arah kemajuan, telah menetapkan garis-garis panduan yang jelas berhubung dengan masalah pemakaian untuk ikutan manusia sejagat. Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 26 bermaksud, “Wahai anak Adam! Sesunguhnya Kami telah turunkan untukmu pakaian untuk menutup kemaluan kamu dan untuk perhiasanmu”.

Setelah mengajar manusia supaya memakai pakaian yang sempurna, Islam menetapkan disiplin tertentu supaya soal pakaian tidak lagi dianggap kurang penting. Penekanan terhadap soal ini terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Awasilah perbuatan berbogel, maka sesungguhnya ada bersama kamu mereka yang tidak pernah berenggang denganmu kecuali ketika membuang air besar dan bersetubuh dengan isterimu”.

Ini bermakna seseorang itu harus berpakaian bukan sahaja ketika di khalayak ramai atau dalam keadaan tertentu sahaja, bahkan juga ketika bersendirian di tempat sunyi atau dimana-mana jua kerana setiap diri manusia ada makhluk yang tidak kelihatan oleh mata kasar iaitu malaikat yang bertugas mencatit amalan dan menjaga keadaan diri mereka setiap saat dan waktu. Meskipun mereka itu tidak dapat dipandang dengan pancaindera, namun pada hakikatnya mereka tetap wujud.

Apabila perbuatan tak bermaruah itu dapat dibasmikan daripada menjadi tabiat kepada manusia, Islam menetapkan peraturan di mana lelaki dan wanita mempunyai aurat yang wajib ditutup sepenuhnya. Peraturan ini di perketatkan dengan hukum yang melarang seseorang itu mendedahkan aurat atau sengaja memandang aurat orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Seseorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan”.

Jadi, bagi membentuk masyarakat yang hebat yang bebas dari melakukan kemaksiatan, ia haruslah bermula dengan membentuk mukmin yang muttaqin (bertakwa) yang mana mereka haruslah meningkatkan amalan-amalan islam dalam dirinya berlandaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah tanpa menunggu waktu atau zaman-zaman yang tertentu untuk melakukannya. usah berjudi dengan umur kerana ramai yang kecundang di Akhirat sebab silap perhitungan.

Sama ada sedar atau tidak, umat Islam hari ini telah banyak tersasul dari landasan sunnah kerana terikut-ikut dengan cara hidup moden yang dicanang oleh musuh-musuh islam bagi menjauhkan diri umat Islam dari ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua berusaha mencari jalan keluar membebaskan umat kita dari belenggu budaya budaya kufur yang sekian lama telah mempengaruhi cara hidup dan cara berfikir umat islam sehingga menyebabkan mata mereka menjadi rabun, batu disangkatan intan, amalan batil dikatakan baik, dan jalan menuju ke neraka disangka menuju ke syurga Allah.

Trend pakaian masa kini:


Cara berpakaian menurut islam:


KLIK UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL

Saturday 15 January 2011

mUhaSaBah Diri....

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)