PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Monday 30 July 2012

Fikir Sejenak: Apa Ada Dalam Ramadan?

Tecatatnya sejarah mengisahkan perjuangan nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW berjuang  bagi menegakkan agama yang satu iaitu agama Islam. Agama yang syumul dan abadi sampai bila bila.

Bulan Ramadan sudah seminggu menjelma dan terlihat pada siang hari ramai manusia berpusu berpusu mencari wang bagi sesuap nasi dan pada malam hari menyediakan bekalan untuk hari esok iaitu hari akhirat. Namun persoalannya sekarang adakah pada bulan Ramadan sahaja kita dapat lihat manusia bersikap sedemikian atau lebih tepat lagi seimbang diantara dunia dan akhirat. Manusia dididik sejak dari angku sekolah lagi agar sentiasa produktif dan seimbang dari segi JERI dan Alhamdullilah kebanyakan daripada mereka berjaya mencapai keseimbangan itu namun begitu mampukah mereka seimbang diantara dunia dan akhirat? Semoga persoalan ini dapat membantu setiap manusia agar muhasabah diri mereka.


Apa ada dalam Ramadan???? Di sini ingin saya kupas sedikit apa ada dalam bulan Ramadan. Banyak khasiat yang boleh didapati di bulan Ramadan yang mulia ini antaranya ialah :
  1. Tereratnya Silaturahim sesama umat Islam. Sedar atau tidak sedar jamuan berbuka atau iftar jami'ie banyak membuka peluang kepada umat Islam untuk sama sama berbuka dan sekaligus dapat berkenalan antara satu sama lain. 
  2. Ramadan juga sebagai sumber rezeki. Bila Ramadan menjelang ramai orang mengambil peluang untuk berniaga di bazar bazar bagi mencari sesuap rezeki. Sebab itu Ramadan juga berfungsi sebagai pintu rezeki oleh semua orang tidak kira umat Islam ataupun tidak. Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. Memberi rezeki kepda semua manusia yang ada di muka bumi ini.
  3. Ramadan juga berfungsi sebagai universiti. Memberi peluang kepada semua penuntutnya untuk menuntut ilmu tidak kira di mana mana. Contohnya Ramadan mengajar kita supaya bersabar dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dan juga istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah.
Secara konklusinya Ramadan adalah salah satu titik permulaan bagi umat Islam untuk mengenali siapa dirinya. Anggaplah Ramadan ini seperti 'study week' dimana pada ketika inilah kita boleh menggilapkan asas kita dan ibadah kita terhadap Allah   dan peperiksaan yang sebenarnya akan kita hadapi selepas Ramadan. Mampukah kita Istiqamah terhadap ibadat kita kepada Allah selepas bulan Ramadan? Tepuk dada tanya iman.


iftar di IPGKPP



Sekian
Wallahua'lam.


Thursday 26 July 2012

Suara Hati : Universiti Ramadhan


Ramadhan menjelma buat kali yang ke seterusnya dalam hidup kita. Suasananya amat berlainan sekali berbanding bulan-bulan yang lain sepanjang tahun. Dengan kehadiran kanak-kanak kecil ke masjid  yang kadang kala berlari berkejar-kejaran antara mereka tidak kira tempat dan masa, bunyi dentuman mercun di luar masjid yang menyebabkan para imam tersedak bacaannya, para bilal pula terus melaungkan selawat dengan lantangnya manakala para makmum membalas selawat pula dengan penuh kesepaduan sehinggakan urat-urat di tengkuk kelihatan jelas menimbul di kulit leher mereka.
Inilah Ramadhan yang menjadi perhiasan di tubir mata manusia terutamanya di tempat kita ini. Saban tahun, hati  dan mata kita dihidangkan dengan perkara yang hampir sama semasa menyambut kehadiran Ramadhan. Setiap tahun juga, kita melaluinya dengan gaya dan cara yang sama. Persoalannya, sejauh mana kita sebagai mahasiswa pendidik muslim menghayati dan menghargai kehadiran Ramadhan ini??
Wahai Orang Muda!
Katakan sebagai contoh, kehadiran Rektor IPGM, Dr Haili Dolhan ke institut kita tempoh hari. Apa yang berlaku? Kita dapat lihat ketika itu, lampu-lampu jalan dibaiki, Gelanggara disembur dan dibasuh sehingga bersih, rumput-rumput di sekitarnya dipotong kemas, bendera-bendera Malaysia dan Pulau Pinang dinaikkan di tiang-tiang elektrik dan bermacam-macam persediaan lagi sehinggalah suasana ketika perhimpuan pada pagi tersebut juga di susun elok supaya menepati piawaian kehadiran seorang rektor ke institut kita.
Jika dinisbahkan kepada peristiwa hadirnya Ramadhan dalam hidup kita, apakah yang telah kita lakukan sebagai satu persediaan untuk menghargai kehadiran bulan penuh berkat ini? Adakah kita mula memasang niat-niat suci supaya terangnya dasar hati kita?? Adakah hati dan jiwa kita telah disembur dan dibasuh dengan ayat-ayat keinsafan dan taubat? Adakah telah dipotong kemas hawa nafsu jahat yang telah berakar umbi di dalam dada?  Jika jawapannya BELUM, masih tidak terlambat untuk buat persediaan bagi ‘memeluk’ erat Ramadhan kali ini.
Wahai Guru Muda!
Pastikan kehadiran Ramadhan kali ini tidak dikecewakan dan dipinggirkan begitu sahaja. Pastikan juga Ramadhan kali ini jauh berbeza daripada sebelumnya. Pastikan kita dianugerahkan TAQWA sebaik melepasi Ramadhan kali ini. Pastikan juga tahun 1433 hijrah adalah tarikh aku berubah. Kerana apa?? Kerana kehadirannya Ramadhan bukan di atas kehendak kita dan kehadirannya jauh lebih mulia daripada hadirnya golongan ternama ke institut kita.
Akhir sekali, Semarakkan Ramadhanmu Dengan Penuh Keimanan!
 Salam Transformasi Guru Muda. Salam Ramadhan 1433H.























MARI SEMARAKKAN UNIVERSITI RAMADHAN ANDA!!!

Friday 13 July 2012

"DUNIA ZAMAN MUDA"


Alhamdulillah, pada tanggal 5 Julai 2012,  seorang Imam Muda dari Kajang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Dunia Zaman Muda". Imam muda Najdi telah berkongsi ilmu bersama-sama para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang mengenai dunia zaman muda pada masa ini. Sesungguhnya terdapat perbezaan antara zaman muda pada masa ini dengan zaman muda pada zaman Rasulullah. Pada masa ini, terlalu banyak gejala sosial yang telah berlaku dan hal ini kerana DUNIA ZAMAN MUDA = DUNIA BATU KACA. Apakah itu dunia batu kaca?? Dunia batu kaca merupakan dunia yang mempunyai pelbagai cabaran untuk diatasi, jika tidak pecahlah kaca itu dan tidak memberi makna lagi. 

Kita dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah kepada Allah s.w.t, kita dikurniakan semangat untuk terus berjihad ke jalan Allah s.w.t dan kita dikurniakan akal fikiran bagi menentukan yang mana betul dan yang mana salah. Namun, adakah kita menggunakan kesemua nikmat Allah s.w.t itu sebaiknya? Ayuh syabab! Marilah kita bermuhasabah diri bagi mendapat keredaan Allah s.w.t. Marilah kita berusaha untuk mendaatk jannah Allah s.w.t. Tiada yang lebih menggembirakan hati selain mendapat tempat di sisi Allah s.w.t.

Marilah kita mencontohi sikap para sahabat Rasulullah yang sentiasa takut untuk mengingkari perintah Allah s.w.t. Marilah kita mencontohi sikap para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.




MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)