Sunday 19 June 2011

Semester baru, azam baru


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Tiga minggu sudah berlalu meninggalkan kita. Apa khabar hati? Apa khabar iman? Semoga semuanya baik-baik aja ya! Dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang tersayang sungguh nikmat rasanya . Berat rasanya hati untuk meninggalkan rumah dan kembali ke kampus. Namun, ingatlah sahabat, meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu itu satu jihad. dan setiap apa yang dilakukan jika bersandarkan kepada-Nya, kita akan mendapat pahala. InsyaAllah. Namun, dengan penuh iltizam, kita gagahkan jua kaki ini untuk meninggalkan kampung halaman tercinta.


sumber gambar di sini

Namun diakui, cuti sememangnya perkara yang sangat ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Berehat sebentar untuk esaimen, presentation dan lain-lain perkara. Lega rasanya kan. Namun, dalam kita bercuti, saya pasti keimannan kita juga pastinya tercabar. Sangat susah untuk beristiqamah seperti semasa di kampus tambahan pula masakan ibu yang sangat lazat dan siaran tv yang penuh dengan kisah-kisah yang menyeronokkan. Dan pada masa itu, iman kita sedikit-demi sedikit menurun tanpa kita sedari.

Amalan - amalan sunat pula semakin menurun pula grafnya. Nauzubillah. Saya percaya semua orang mengalaminya kerana kita adalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kekhilafan. Alhamdulillah dan tahniah kepada siapa-siapa yang dapat beristiqamah dalam menyempurnakan solat, menunaikan solat jemaah, melakukan solat-solat sunat, menolong ibu bapa di rumah dan sebagainya.


sumber gambar di sini

Esok, sesi semester baru bakal bermula. Yang dahulunya foundation akan naik ke alam degree tentunya banyak lagi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Kepada yang telah berada di alam ijazah, pastinya pelbagai perkara yang perlu difikirkan untuk bersedia ke alam realiti sebgaai seorang bakal guru.InsyaAllah. Justeru, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Tingkatkan prestasi untk semester baru ini. Semoga semester baru ini mendorong kita untuk meningkatkan lagi mutu ibadah kita kepada Allah dan berusaha sedaya-upaya untuk menjadi seorang guru pelatih yang cemerlang di dunia dan akhirat.Jaga diri hiasi peribadi.



Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..

1 Komentar:

Anonymous said...

terima kasih..sbg peringatan utk kami gp..like ur post..
Teruskan usaha...doakan kejayaan kami yg msh baru..

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)