Sunday 20 May 2012

UAI. Satu fenomena

Dahulu ketika tahun baru kian menjelang, dapat kita lihat satu fenomena yang jarang berlaku di Malaysia dimana Konsert Tahun Baru yang saban tahun menjadi hiburan seluruh penduduk negara ini sebelum tahun baru menjejakkan kaki tetapi pada titik permulaan tahun 2012 konsert tersebut kelihatan hambar dan suram. Apakah jawapan bagi persoalan ini? Hanya tiga huruf saja yang menjadi jawapan bagi persoalan ini. UAI!!!

Apakah sebenarnya UAI itu? Satu fenomena baru yang dapat menarik anak muda khususnya yang beragama islam bagi mendengar dan menimba ilmu daripada seorang insan yang bergelar UAI. Lebih sinonim dengan panggilan Ustaz Azhar Idrus. 

Pada malam 19 Mei 2012 kehadiran beliau berjaya menggegarkan Padang Kota Lama dan disaksikan oleh berpuluhan ribu manusia yang hadir. Turut disertai juga abang Bob Lokman, Sham Kamikaze dan Ali XPDC serta pemain gitarnya. yang menjadi persoalannya bagaimana buat pertama kalinya majlis ilmu ini berjaya dihadiri majoriti  oleh anak muda tidak kira yang datang dari Alor Setar, Perlis dan juga geng seberang. Memetik kata Sham Kamikaze bahawa anak muda zaman sekarang lebih gemarkan hiburan oleh itu kita bawakan mereka hiburan tetapi yang ringan ringan dan lebih bertujuan mengingati Allah dan Rasulnya. Hakikatnya tidak salah untuk kita menggemari muzik asalkan tidak menjadi najis. Yang menjadi haramnya bukanlah kerana petikan gitar elektrik tetapi kandungan lirik lagu yang boleh merosakkan iman. Sesungguhnya Islam langsung menolak hiburan tetapi hiburan yang menolak Islam.

Majlis pada malam tersebut berkonsepkan santai dan lepak. Diiringi juga laungan takbir Allahuakbar oleh anak anak muda yang hadir pada majlis tersebut.Banyak soalan yang dikemukan untuk Ustaz Azhar Idrus yang merangkumi pelbagai aspek dan harus diambil berat oleh setiap umat islam. Antaranya soalan mengenai perkahwinan,adab,tatacara dan akidah kita sendiri.Majlis santai tersebut juga diserikan lagi dengan persembahan oleh Ali XPDC yang menyampaikan lagu lagu yang berunsurkan dakwah. Yang menariknya kesemua lagu yang disampaikan oleh Ali XPDC dalah ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri. Tuntasnya sentiasalah kita menghadiri majlis yang dipayungi malaikat ini sementara ulama'- ulama' kita masih hidup dan dapat mengembalikan kita ke jalan yang benar sebelum satu hari nanti Allah menjemput kesemua ulama' yang ada di muka bumi Allah ini. Marilah kita orang muda menyiapkan diri ke jalan Allah kerana orang muda adalah tulang belakang Islam. Ayuh bangun umat Islam!!!ALLAHUAKBAR!!


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”
(al-Bukhari)

Sekian,
Wallhua'lam


orang ramai berpusu pusu seawal pukul 6 petang bagi menghadiri majlis ilmu UAI

bersedia untuk mengadakan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Muda Asyraf

menunggu ketibaan UAI

khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan UAI


ramai sungguh!!!!

gandingan terbaik!!!!
*maaf kerana kedudukan mengambil gambar tidak begitu menarik 

2 Komentar:

Crew Surau Nurul Yaqin IPG Kampus Kent, Tuaran said...

bestnya andai Ustaz Azhar Idrus dapat sampai ke Sabah.. =)

Pena PGPI said...

insyaALLAH..PASti UAI akan ke sana tidak lama lagi. =)

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)