Friday 4 May 2012

Diskusi Kitab 'Menyulam Cinta Menuju Alam Perkahwinan'

Bismillahirahmanirrahim



Alhamdullilah,selesai sudah diskusi kitab bersama salah seorang ulama' tersohor daripada tersohor daripada Indonesia iaitu Syeikh Rohimuddin An-Nawawi Azamathkan Al-Bentani yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama IPGKPP. Syukur kehadrat Illahi walaupun baru selesai sambutan KOT IPGKPP tetapi masih ramai pelajar guru yang berpusu pusu supaya dipayungi sayap malaikat bagi mendengar amanat dan pesenan oleh Syeikh Rohimuddin. Sambutan yang menggalakkan juga diterima oleh warga IPG Kampus Darulaman serta IPG Kampus Tuanku Bainun. Walaupun jarak diantara IPGKPP dan institut mereka namun mereka tidak melepaskan peluang bagi mendengar dan menghayati ilmu yang disampaikan olah Syeikh Rohimmudin. Banyak perkara yang dapat didapati daripada majlis tersebut dan ia amat berguna bagi sesiapa yang terasa ingin menikah bak kata syeikh cara untuk mengelakkan maksiat durjana ialah segera bernikah. Diharap bagi pelajar guru yang hadir ke majlis ilmu sebentar tadi agar dapat menyampaikan ilmu kepada rakan yang lain dan anggaplah ia sebagai satu amanat buat kita dalam menyebarkan dakwah di bumi Allah ini.

Sekian,
Wallahua'lam




khusyuk  meneliti kitab karya Syeikh Rohimuddin

ketibaan Syeikh Rohimuddin disambut oleh selawat yang dibawa oleh kumpulan qasidah Al-Faidh

alunan qasidah olah kumpulan Al-Faidh

diskusi kitab bermula

sedikit jamuan bersama Presiden Pai, saudara Abdillah





0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)