Monday 7 May 2012

Qalbun Saliim

Bismillahirahmanirrahim




Qalbun Saliim
Pertumbuhan manusia sangat unik. Bermula dari kecil hinggalah besar dewasa, kesemuanya diatur dengan baik oleh Allah swt. Tidak hairanlah jika Allah swt telah menukilkan di dalam surah At-Tiin:4;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Manusia dikurniakan tangan, jari, rambut, misai, kuku yang tumbuh dengan kadar tertentu sesuai dengan keadaannya. Bagi menghuraikan pertumbuhan manusia
, sains biologi telah menghuraikan dengan jelas dan tuntas. Tetapi bagaimana dengan pertumbuhan roh? Tidakkah manusia itu sebaik-baik ciptaan yang perlu seimbang rohani dan jasmani? Mari kita lihat firman Allah yang seterusnya dalam surah Aali-Imraan:110;

“kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji),…"

Maka jelas, ummat Islam adalah sebaik-baik ummah yang mempunyai tugas penting menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah keburukan. Fokus kepada pertumbuhan jasmani sahaja tidak lain dan tidak bukan hanyalah layak bagi yang bergelar binatang. Kasar ke bunyinya? Hehe. Bukan saya kata tapi Allah yang kata. Jom hayati firman Allah dalam surah Al-A’raf:179

"dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai."


Lihat, fizikalnya sempurna. Malang sekali kesemuanya terkunci. Maka hati menjadi berat, solat jemaah terasa berat, yang hanya difikirkan hanyalah duit elaunnya untuk semester ini cukup atau tidak, cerita baru apa di pawagam minggu ini. Mengapa Allah ibaratkan mereka ini seperti binatang ternak? Binatang ternak ini jauh lebih teruk daripada hidupan melata kerana hidupnya berdasarkan kehendak tuannya. Tidak pandai berdikari. Cotohnya lembu. Cukup masa dihalau ke kandang, siangnya dihalau ke padang. Berbeza dengan harimau, yang bebas menentukan hidupnya.

Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua pembaca, jangan hanya fokus kepada tumbesaran fizikal sahaja kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Malahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menentangnya. Penuhi dada kita dengan kuliah-kuliah ilmu di surau Al-falah atau di mana-mana kuliah ilmu. Jauhilah punca-punca maksiat. Semoga kita bertemu dengan Allah dengan hati yang tenang (Qalbun saliim).



HASBULLAH BIN MOHD @ MAT ISA
NAIB PRESIDEN
PERSATUAN AGAMA ISLAM IPG KAMPUS PULAU PINANG
www.permatamujahid.wordpress.com
















0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)