Friday 6 March 2009

One Aim Edisi 01/09~ Tanggungjawab Sebagai Seorang Pemimpin

Bismillahhirrahmanirahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya, kita masih lagi dalam agama-Nya iaitu agama islam di mana nikmat iman dan islam itu bukanlah semua mampu merasai apa yang kita rasa pada ketika ini, pada saat ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw di atas pengorbanan suci baginda dalam mengembangkan risalah agama islam hingga tersebarnya islam begitu meluas dan sampai kepada kita pada hari ini.


Sesungguhnya, dengan berkat pertolongan ALLAH SWT yang memudahkan segala usaha kami, maka kami dapat melahirkan risalah ONE AIM bagi edisi 01/09. Semoga dengan wajah baru dan ruangan baru serta bahan yang menarik dan bermutu tinggi, kita semua akan mendapat segala input yang kita cari selama ini.



Dari kiri: as-Shahid Sheikh Ahmed Ismail Yassin, Prof. Dr. Sheikh Yusuf al-Qaradawi, Imam as-Shahid Hassan al-Banna

Baru-baru ini kita semua telah memilih pemimpin-pemimpin yang kita rasa layak untuk menganggotai JPP.Tetapi benar dan tepatkah pilihan kita memilih seseorang itu sebagai pemimpin.Marilah bersama-sama kita renungkan.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”.

al-Hajj ayat 40-41

Secara dasarnya Allah tidak memberi cek kosong kepada para pemimpin, sebaliknya yang diberikan kepada mereka adalah amanah dan tanggungjawab.Berikut merupakan beberapa tanggungjawab seorang PEMIMPIN…

Pemimpin Dan Solat

Seseorang pemimpin Muslim memerlukan bantuan dan pertolongan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik, dan penolong yang terbaik baginya ialah Allah. Justeru pemimpin Muslim perlu sentiasa mendekati Allah dengan beribadah kepadanya, dan ibadah yang paling penting ialah solat.Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin.

Pemimpin Dan Zakat

Hubungan yang baik dengan Allah perlu disusuli dengan hubungan yang baik sesama manusia. Dalam erti kata yang lain, seseorang pemimpin Muslim perlu berada di masjid untuk beribadah dan perlu juga berada di rumah rakyat untuk membantu mereka. Kebajikan rakyat tidak boleh diabaikan termasuk dalam aspek material dan kesenangan duniawi.

Pemimpin Dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Terdapat sebahagian pemimpin Muslim yang tidak melupakan solat dan zakat, tetapi mereka melupakan tanggungjawab untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkiran. Mereka juga tidak layak memimpin masyarakat. Usaha untuk mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa ilmu. Justeru seseorang pemimpin Muslim wajib menguasai ilmu apatah lagi ilmu agama.

Berhati-hati Memilih Pemimpin

Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.


Wallahu'alam.

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)