Saturday 14 May 2011

PROGRAM BEDAH KITAB


Pada 10 Mei 2011 yang lalu iaitu hari Selasa bersamaan dengan 6 Jamadil Akhir 1432H, satu program telah berlangsung iaitu Program Diskusi Buku yang bertajuk ‘Syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah’. Ustaz Aminuddin Bin Abdul Rahim, Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN),Kedah yang juga Penceramah Radio Kedah.FM telah dijemput bagi menjadi penceramah jemputan pada program tersebut. Program ini telah berlangsung di Surau Al-Falah bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Pelbagai input baru yang diterima oleh peserta yang terlibat dan peserta menunjukkan minat yang tinggi semasa penceramah memberikan ceramah beliau. Di samping itu juga, bagi menambahkan kefahaman para peserta yang terlibat, slot pertanyaan juga dibuka. Pelbagai pertanyaan yang terbuku di hati selama ini akhirnya dijawab dengan jelas oleh Ustaz Aminuddin. Program ini diakhiri dengan solat berjemaah bersama-sama dengan penceramah jemputan. Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Pulau Pinang. Semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini telah sama-sama berganding bahu bagi menjayakannya.

1 Komentar:

محمد حذوان بن حميدان said...

tahniah kerana dpt mnganjurkan prgram ini, trsknlah mmprgiatkan grk krja Islam agr biah Islam trs subur di bumi IPG..AMIN

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)