Sunday 6 September 2009

OneAim Edisi Ramadhan 1430H

Apa Kata Mereka tentang Puasa?

Menurut Dr Evart Lomes, berpuasa adalah yang paling berkesan untuk memperbaiki tubuh dan mengubatinya secara praktikal. Sesungguhnya puasa merupakan langkah awal dari proses pembersihan yang cukup unik di dalam tubuh seseorang. Proses itu berlaku ke seluruh sel-sel tubuh dan ke seluruh jaringannya semasa aktiviti berpuasa. Ketika itu, enzim-enzim bekerja secara langsung ke aras usus sebagai pengganti dari perut.Dari sini, enzim-enzim sampai ke pembuluh darah dan membebaskan tubuh dari racun dan lebihan yang terkumpul pada tubuh yang diakibatkan dari terlambatnya proses pengoksidaan dan pembakaran. Enzim-enzim ini juga membebaskan tubuh dari sel-sel mati. Ini disebabkan oleh seluruh anggota tubuh dan kelenjar perlu berehat secukupnya. Semasa tempoh berehat itulah terjadinya sterilisasi(pembersihan) tubuh, (pembangunan kembali) dan pengaturan kembali tugas-tugas tubuh.
Dr. Yosef Rodrico berkata: “Semua penyakit bersumber dari sistem pencernaan. Jika anda sedang mencari sihat dan anda tidak menemui jawapan untuk kesembuhan dan kesihatan anda, maka anda harus memulakannya dari sini iaitu dari sistem pencernaan anda. Ini kerana sistem pencernaan adalah sumber bagi penyakit anda. Ia adalah sumber yang bagi kebaikan dan kesembuhan anda”.

“Berbagai-bagai jabatan/ pusat kesihatan yang
mengamalkan terapi perubatan dengan puasa telah
memberi bukti kesembuhan ribuan pesakit berkat puasa dari berbagai-bagai penyakit seperti asma, influenza, radang sendi, migrain, penyakit-penyakit kulit,
gangguan sistem saraf dan hilangnya nafsu makan. Mereka mendapati puasa sunat selamanya menjadi terapi kesihatan peringkat pertama bagi sesuatu penyakit.

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)