1. Soalan :Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?
Jawapan ;Menurut mazhab Shafie tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum di siang hari.
2. Soalan : Apakah hukum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?
Jawapan :Ia wajib mengqadha bilangan hari yang ia tinggalkan dan wajib ia mengeluarkan fidyah secupak untuk satu hari bagi satu tahun yang ia tinggalkan. Dalam kes di atas ia wajib mengeluarkan tiga cupak bagi setiap hari kerana telah berlalu tiga kali Ramadhan.
3. Soalan :Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,adakah sah puasanya?
Jawapan :Sah puasanya dan hendaklah ia berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.
4. Soalan :Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka bila tiba waktunya?
Jawapan :Sah puasa tetapi makruh.
5. Soalan :Seseorang yang menelan air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan :Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut . Tetapi perbuatan tersebut adalah makruh.
PEMUDA. MOHON JANGAN MATI !!!!!
10 years ago
0 Komentar:
Post a Comment