Friday, 27 April 2012

Karnival Akademik - Discovering Peace

Bismillahirrahmanirrahim...





Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, selesai sudah salah satu aktiviti sempena Bulan Penghayatan Islam (BPI) iaitu Pameran Dicovering Peace. Buat julung kalinya IPGKPP berjaya mengelola Karnival Akademik yang telah disertai oleh semua jabatan di kampus ini termasuklah JAPIM. Tahniah diucapkan kepada barisan pengelola yang terdiri daripada JPP IPGKPP. Alhamdullilah, Pameran Discovering Peace anjuran PAI di bawah naungan JAPIM  mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus tidak kira muslim mahupun bukan muslim.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada  Presiden PAI, saudara Muhammad Abdillah bin Mat Ali kepada semua yang menjayakan pameran tersebut.

"Setinggi2 TAHNIAH saya ucapkan pd shbt2 yg mnjayakan pameran td..ksemua agak letih pd hri ini.. Namun, apa yg kamu buat td benar2 akan mmbuatkan Islam trsenyum manis (sekiranya dia mrupakan seorang mnusia). Dia trsnyum kerana..msing2 drpd kta tlah menyumbang jasa dlm mmperkenalkan lg Islam kpd mnusia.."
-BARAKALLAH!:-)                                                                   

Muhammad Abdillah bin Mat Ali


Diharapkan pameran ini berjaya mencapai objektif matlamat dalam meneruskan perjuangan para ulama' masa kini dalam menegakkan Islam di samping membantu merapatkkan ukhuwah sesama umat Islam. Diharapkan juga pameran ini berjaya memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai keindahan Islam.

Sekian
Wallahua'lam

"orang mude kite" - syahir rosmi

solo nasyid institut

booth wanita

booth kesenian islam

cuba untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh ahli booth kelahiran

tekun mendengar penjelasan dari Presiden Pai

menerima kunjungan oleh golongan bukan muslim

forum yang dianjurkan oleh booth perkahwinan





























Reactions:

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)