Saturday, 5 November 2011

Aidil Adha = Qurban


Pada zaman Nabi Ibrahim As. Dikisahkan dalam Al-Qur'an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga memperoleh anak dan beliau selalu berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang soleh" (Q.S>37:100)

Kemudian dari isterinya yang kedua iaitu Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahim ke Mesir (setiap kedatangan pembesar diberi hadiah seorang isteri yang cantik oleh pembesar Mesir). Dari Siti Hajar lahirlah seorang putera yang kemudian diberi nama Ismail.

Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah untuk menemui isterinya yang pertaman iaitu Siti Sarah yang berada di Jerussalem, kota tempat Masjidil Aqsa. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah guci berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail.

Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, dia melihat di sebelah timur ada air yang sebenarnya adalah fatamorgana di Bukit Safa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik ke Bukit Marwah serta kembali ke Safa sehingga berulang tujuh kali, tetapi tidak juga memperoleh air sampai dia kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Dia merasa khuatir terhadap anaknya, mungkin kerana kehausan, kaki Ismail bergerak-gerak di atas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah.

Siti Hajar berlari ke bawah sambil berteriak kegirangan : "zami-zami?" yang kemudian menjadi sumur Zam-zam. Di situlah Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang pasir yang kering-kontang yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan ditempat itulah Allah SWT. Menetapkan sebagai tempat ibadah haji.

Allah S.W.T, berfirman dalam surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderai unta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh".

Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekah untuk menemui isteri dan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail, yang berusia kira-kira 6-7 tahun (dalam satu riwayat). Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi kesayangan.

-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat As Saffaat : 102 : “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Setelah terjadi dialog dengan puteranya. Nabi Ibrahim mengajak puteranya Nabi Ismail, kira-kira 200 meter dari tempat tinggalnya, baru lebih kurang 70-80 meter berjalan, setan menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail yang sedang tumbuh dan menggemaskan itu?".

Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim, ya Ibrahim mahu dikemanakan anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT, ditempat itulah dimana pada tanggal 10 bulan Zulhijjah bagi jemaah haji disuruh melempar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal ini mengandungi erti di mana kita melempar setan atau sifat-sifat setan yang ada di dalam diri kita.

Akhirnya tibalah mereka di Jabal Qurban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sebagaimana firman Allah didalam surat As-Saffaat ayat 103-107: "Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar ".


SALAM AIDILADHA!

Reactions:

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)