Wednesday 20 July 2011

Diskusi Kitab bersama SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI

Alhamdulillah, pada malam Isnin yang lalu, bumi IPG sangat bertuah kerana telah dihadiri seorang ilmuwan Indonesia, SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI bagi menjayakan program diskusi kitab. Program Diskusi kitab ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Persatuan Agama Islam(PAI) IPG Kampus Pulau Pinang.

Kitab yang di diskusikan adalah hasil karangan SHEIKH DR. MAHMUD ABUL HUDA BADRU KAMIL AL-HUSAINI bertajuk AQIDAH MUYASSARAH.



Diskusi yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu telah diadakan selepas solat maghrib di surau Al-Falah.

Sambutan yang menggalakkan daripada warga IPG yang sentiasa dahagakan ilmu.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa bersemangat dalam menyuburkan majlis-majlis ilmu di bumi IPG ini.

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)