Tuesday 18 January 2011

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita!!!

Dewasa ini kita sering didedahkan di dada-dada akhbar tentang gejala sosial yang semakin menular dalam masyarakat kita. Perkara yang kita anggap hanya berlaku ketika zaman jahiliah seakan-akan telah berulang kembali, malahan ada yang lebih teruk daripada perkara yang berlaku pada zaman tersebut. Lihat sahaja pada masa kini,perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.

Apa yang nak jadi dengan masyarakat kita….ekoran lambakan kes-kes sebegini yang di paparkan kepada masyarakat saban hari, menjadikan kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku?, Apakah faktor yang menyumbang kepada perkara sebegini terus berlaku?, Siapakah yang harus dipersalahkan? Persoalan demi persoalan muncul dalam benak fikiran kita apabila mengenangkan nasib masyarakat kita kini yang terus hanyut kelembah kebinasaan. Lebih parah lagi apabila berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.

Jika kita mengimbas kembali zaman sebelum islam, dimana orang-orang Arab sama ada lelaki mahupun perempuan mengerjakan amalan tawaf di Kaabah secara berbogel. Dalam waktu biasa lelaki jahiliah berbogel dalam kumpulan mereka tanpa segan dan malu. Bentuk pakaian pula yang lazim dipakai oleh wanita di zaman tersebut adalah dedah di bahagian-bahagian dada, lengan, belakang dan betis. Keadaan atau ciri-cirinya hampir sama dengan pakaian wanita-wanita zaman kini, iaitu wanita Amerika, Eropah, Jepun dan lain-lain. Cuma fesyennya saja yang berbeza.

Islam sebuah agama yang lengkap dan memimpin umat manusia ke arah kemajuan, telah menetapkan garis-garis panduan yang jelas berhubung dengan masalah pemakaian untuk ikutan manusia sejagat. Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 26 bermaksud, “Wahai anak Adam! Sesunguhnya Kami telah turunkan untukmu pakaian untuk menutup kemaluan kamu dan untuk perhiasanmu”.

Setelah mengajar manusia supaya memakai pakaian yang sempurna, Islam menetapkan disiplin tertentu supaya soal pakaian tidak lagi dianggap kurang penting. Penekanan terhadap soal ini terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Awasilah perbuatan berbogel, maka sesungguhnya ada bersama kamu mereka yang tidak pernah berenggang denganmu kecuali ketika membuang air besar dan bersetubuh dengan isterimu”.

Ini bermakna seseorang itu harus berpakaian bukan sahaja ketika di khalayak ramai atau dalam keadaan tertentu sahaja, bahkan juga ketika bersendirian di tempat sunyi atau dimana-mana jua kerana setiap diri manusia ada makhluk yang tidak kelihatan oleh mata kasar iaitu malaikat yang bertugas mencatit amalan dan menjaga keadaan diri mereka setiap saat dan waktu. Meskipun mereka itu tidak dapat dipandang dengan pancaindera, namun pada hakikatnya mereka tetap wujud.

Apabila perbuatan tak bermaruah itu dapat dibasmikan daripada menjadi tabiat kepada manusia, Islam menetapkan peraturan di mana lelaki dan wanita mempunyai aurat yang wajib ditutup sepenuhnya. Peraturan ini di perketatkan dengan hukum yang melarang seseorang itu mendedahkan aurat atau sengaja memandang aurat orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Seseorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan”.

Jadi, bagi membentuk masyarakat yang hebat yang bebas dari melakukan kemaksiatan, ia haruslah bermula dengan membentuk mukmin yang muttaqin (bertakwa) yang mana mereka haruslah meningkatkan amalan-amalan islam dalam dirinya berlandaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah tanpa menunggu waktu atau zaman-zaman yang tertentu untuk melakukannya. usah berjudi dengan umur kerana ramai yang kecundang di Akhirat sebab silap perhitungan.

Sama ada sedar atau tidak, umat Islam hari ini telah banyak tersasul dari landasan sunnah kerana terikut-ikut dengan cara hidup moden yang dicanang oleh musuh-musuh islam bagi menjauhkan diri umat Islam dari ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua berusaha mencari jalan keluar membebaskan umat kita dari belenggu budaya budaya kufur yang sekian lama telah mempengaruhi cara hidup dan cara berfikir umat islam sehingga menyebabkan mata mereka menjadi rabun, batu disangkatan intan, amalan batil dikatakan baik, dan jalan menuju ke neraka disangka menuju ke syurga Allah.

Trend pakaian masa kini:


Cara berpakaian menurut islam:


KLIK UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL

0 Komentar:

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)