Bismillahirahmanirrahim
Qalbun Saliim
Pertumbuhan manusia sangat unik. Bermula
dari kecil hinggalah besar dewasa, kesemuanya diatur dengan baik oleh Allah
swt. Tidak hairanlah jika Allah swt telah menukilkan di dalam surah At-Tiin:4;
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan
keadaannya).”
Manusia dikurniakan tangan, jari, rambut,
misai, kuku yang tumbuh dengan kadar tertentu sesuai dengan keadaannya. Bagi
menghuraikan pertumbuhan manusia
, sains biologi telah menghuraikan dengan jelas dan tuntas. Tetapi bagaimana dengan pertumbuhan roh? Tidakkah manusia itu sebaik-baik ciptaan yang perlu seimbang rohani dan jasmani? Mari kita lihat firman Allah yang seterusnya dalam surah Aali-Imraan:110;
, sains biologi telah menghuraikan dengan jelas dan tuntas. Tetapi bagaimana dengan pertumbuhan roh? Tidakkah manusia itu sebaik-baik ciptaan yang perlu seimbang rohani dan jasmani? Mari kita lihat firman Allah yang seterusnya dalam surah Aali-Imraan:110;
“kamu (Wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu
menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara
Yang salah (buruk dan keji),…"
Maka jelas, ummat Islam adalah sebaik-baik
ummah yang mempunyai tugas penting menyuruh manusia melakukan kebaikan dan
mencegah keburukan. Fokus kepada pertumbuhan jasmani sahaja tidak lain dan
tidak bukan hanyalah layak bagi yang bergelar binatang. Kasar ke bunyinya?
Hehe. Bukan saya kata tapi Allah yang kata. Jom hayati firman Allah dalam surah
Al-A’raf:179
"dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka
jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu
memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga
(Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah
orang-orang Yang lalai."
Kesimpulannya, saya menyeru kepada semua
pembaca, jangan hanya fokus kepada tumbesaran fizikal sahaja kerana ia jelas
bertentangan dengan agama Islam. Malahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
menentangnya. Penuhi dada kita dengan kuliah-kuliah ilmu di surau Al-falah atau
di mana-mana kuliah ilmu. Jauhilah punca-punca maksiat. Semoga kita bertemu
dengan Allah dengan hati yang tenang (Qalbun saliim).
HASBULLAH BIN MOHD @ MAT ISA
NAIB PRESIDEN
PERSATUAN AGAMA ISLAM IPG KAMPUS PULAU PINANG
www.permatamujahid.wordpress.com
0 Komentar:
Post a Comment