Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah, selesai sudah Masterchef IPGKPP yang bertampat di sekitar gelanggara dan blok muhibah yang telah disertai oleh pelajar guru yang bukan calang calang hebat dalam arena memasak. Kreatif dan Kritis. Elemen yang penting diperlukan oleh setiap peserta dalam menghasilkan masakan bermutu serta mampu menarik minat pelanggan. Tahniah juga diucapkan kepada para peserta kerana sentiasa memenuhi kehendak para pelanggan dan terus berniaga sehingga jam 10 malam. Bukan calang calang orang boleh berniaga dalam jangka masa yang lama. Sesungguhnya berniaga adalah satu perniagaan yang mulia di sisi Allah dan Rasulallah. Nabi pun sebelum diangkat menjadi pesuruh Allah sentiasa mengikut bapa saudaranya, Abu Talib berniaga ke Syam. Di kalangan sahabat nabi juga ramai merupakan peniaga yang terkenal contohnya Abdul Rahman bin Auf. Beliau merupakan salah seorang sahabt baginda yang diberitakan akan masuk ke syurga. Oleh itu, ternukti perniagaan itu adalah satu yang menggalakkan. Namun setiap daripada peniaga perlu berhati hati kerana di dalam bidang ini banayak perkara yang boleh mendatangkan dosa dan jika tidak dihindarai makan perniagaan itu akan jadi sia sia. Amaran amaran mengenai perniagaan banyak terdapat dalam hadis-hadis nabi antaranya :
Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar."
(Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Oleh iti sentiasalah berniat baik dan mengamalkan sifat sifat mahmudah dalam melaksanakan perniagaan.
Sekian,
Wallahua'lam...
0 Komentar:
Post a Comment