PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Friday 27 April 2012

Karnival Akademik - Discovering Peace

Bismillahirrahmanirrahim...





Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, selesai sudah salah satu aktiviti sempena Bulan Penghayatan Islam (BPI) iaitu Pameran Dicovering Peace. Buat julung kalinya IPGKPP berjaya mengelola Karnival Akademik yang telah disertai oleh semua jabatan di kampus ini termasuklah JAPIM. Tahniah diucapkan kepada barisan pengelola yang terdiri daripada JPP IPGKPP. Alhamdullilah, Pameran Discovering Peace anjuran PAI di bawah naungan JAPIM  mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus tidak kira muslim mahupun bukan muslim.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada  Presiden PAI, saudara Muhammad Abdillah bin Mat Ali kepada semua yang menjayakan pameran tersebut.

"Setinggi2 TAHNIAH saya ucapkan pd shbt2 yg mnjayakan pameran td..ksemua agak letih pd hri ini.. Namun, apa yg kamu buat td benar2 akan mmbuatkan Islam trsenyum manis (sekiranya dia mrupakan seorang mnusia). Dia trsnyum kerana..msing2 drpd kta tlah menyumbang jasa dlm mmperkenalkan lg Islam kpd mnusia.."
-BARAKALLAH!:-)                                                                   

Muhammad Abdillah bin Mat Ali


Diharapkan pameran ini berjaya mencapai objektif matlamat dalam meneruskan perjuangan para ulama' masa kini dalam menegakkan Islam di samping membantu merapatkkan ukhuwah sesama umat Islam. Diharapkan juga pameran ini berjaya memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai keindahan Islam.

Sekian
Wallahua'lam

"orang mude kite" - syahir rosmi

solo nasyid institut

booth wanita

booth kesenian islam

cuba untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh ahli booth kelahiran

tekun mendengar penjelasan dari Presiden Pai

menerima kunjungan oleh golongan bukan muslim

forum yang dianjurkan oleh booth perkahwinan





























Friday 20 April 2012

MTHQ 2012

Bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdullilah selesai sudah MTHQ 2012 dengan kerjasama PAI dan JPP. Sambutan yang menggalakkan diterima oleh pelajar guru tidak kira muslimin atau muslimat dan dengan satu matlamat bagi merapatkan ukhuwah dan bagi menimba sedikit ilmu yang bermanfaat. Diharapkan segala ilmu yang dipelajari dan dihayati sepanjang majlis ini berjaya dimanfaat dan diamalkan dalam kehidupan. Sudah menjadi adat ada yang menang dan ada yang tewas. Belajarlah daripada yang menang dan yang menang sentiasalah berusaha meningkatkan kebolehan tersebut.  =)

Kategori Muslimin ( Tilawah )

Johan : Nazirul Amin Bin Azmi
Naib Johan : Mohd Faiq Bin Abdul Latif
Tempat Ketiga : Hazman Faris Bin Mohd Sukri

Kategori Muslimat ( Tilawah )

Johan :  Maizatul Elany Binti Hassan Basri
Naib Johan : Nik Khadijah Binti Nik Hassan
Tempat Ketiga : Nor Laily Samsinar Binti Ahmad Zawawi


Kategori Muslimin ( Hafazan )

Johan : Hasbullah Bin Mohd @ Mat Isa
Naib Johan : Amir Hasbuddin
Tempat Ketiga : Muhammad Asraf Bin Mohd Isa

Kategori Muslimat ( Hafazan )

Johan : Nurul Izzah Yaacob
Naib Johan :  Nor Laily Samsinar Binti Ahmad Zawawi
Tempat Ketiga : Nik Khadijah Binti Nik Hassan





Pertandingan Syarahan Tafsir Al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdullilah. selesai sudah pertandingan syarahan tafsir al-quran. Pelbagai aksi dan ragam peserta dapat dilihat. Diharap peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dari pertandingan ini. Bagi yang menang semoga dapat    mempertingkatkan lagi mutu syarahan manakala yang tewas cuba lagi tahun hadapan    =)

Kategori Muslimin
Johan : Muhammad Hafizzi Bin Saiman
Naib johan : Ahmad Azri Bin Khaled
Tempat Ketiga : Muhammad Isma Daniel Bin Rahim

Kategori Muslimat
Johan : Ira Fizwana Binti Hafizul Hisham
Naib Johan : Siti Norazlieyana Binti Abu Bakar
Tempat Ketiga : Nur Afifah Binti Azizan


Sekitar Pertandingan Syarahan Tafsir Al-Quran =)












MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)