Bismillahirahmanirrahim
Musim peperiksaan telahpun tiba. Baik senior mahupun junior sibuk menelaah pelajaran bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Namun begitu jangan cemerlang di dunia sahaja tetapi mestilah cemerlang di akhirat juga. Insyaallah.....
16 Mei sudahpun tiba dan ramai daripada kalangan pelajar guru yang telah mula mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru mereka yang telah banyak berjasa kepada mereka. Alhamdullilah. Namun begitu tidak lupa juga sebaik baik guru yang pernah ada di muka bumi Allah ini, Nabi Muhammad S.A.W. Begitu banyak yang baginda berikan kepada kita termasuklah kasih sayangnya. Ilmu yang diberikan sama rata dan tidak mengira apa bangsa sekalipun. Baik ilmu di dunia dan di akhirat. Rasulluallah juga telah tinggal segala apa yang ada dalam dirinya sebelum baginda wafat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Oleh itu sambil sambil duduk menelaah pelajaran ada baiknya kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bagi sebagai ganti ucapan terima kasih atas ilmu yang diberikan.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Guru sangat di pandang mulia di dalam Islam. Oleh itu bagi sesiapa yang pernah mengguris perasaan guru diharapkan ucapan maaf adalah jalan penyelesaiannya. Diharap juga bukan hanya 16 Mei ini kita berbuat baik dengan guru kita tetapi mestilah sampai bila bila kita berbuat baik dengan guru kita. Tidak lupa juga sentiasalah berselawat ke atas Nabi Muhammad iaitu sebaik baik guru yang pernah ada di muka bumi ini.
Sekian,
Wallahua'lam
0 Komentar:
Post a Comment