PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Wednesday 20 July 2011

Diskusi Kitab bersama SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI

Alhamdulillah, pada malam Isnin yang lalu, bumi IPG sangat bertuah kerana telah dihadiri seorang ilmuwan Indonesia, SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI bagi menjayakan program diskusi kitab. Program Diskusi kitab ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Persatuan Agama Islam(PAI) IPG Kampus Pulau Pinang.

Kitab yang di diskusikan adalah hasil karangan SHEIKH DR. MAHMUD ABUL HUDA BADRU KAMIL AL-HUSAINI bertajuk AQIDAH MUYASSARAH.



Diskusi yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu telah diadakan selepas solat maghrib di surau Al-Falah.

Sambutan yang menggalakkan daripada warga IPG yang sentiasa dahagakan ilmu.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa bersemangat dalam menyuburkan majlis-majlis ilmu di bumi IPG ini.

Saturday 16 July 2011

Gotong Royong Perdana Surau Al-Falah....

para muslimat bekerjasama
Pada 16/o7/2011 bersamaan dengan 14 Sya'aban 1432,,Persatuan Agama Islam (PAI) telah menganjurkan gotong royong perdana sempena untuk menyambut kehadiran Ulama' keturunan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Bentani Al-Husaini....Alhamdulillah,,dengan kehadiran ajk2 dan ahli2 PAI banyak membantu membersihkan Surau Al-Falah ini..Smoga ALLAH menilai apa yg telah dilakukan...sebagai bukti cintakan rumah ALLAH serta para ulama'(pewaris nabi)
sempat ag posing..hehe

muslimin dan muslimat saling bekerjasama membersihkan surau
..walaupun kuantitinya kurg memberangsangkan,,,tetapi kualitinya terselah..haha....


bertungkus lumus membersihkan surau



individu penting yg handle gtg ryg nie..hehe



sembur jgn xsembur...=)


tinggi molep....hehe


syukran kepada semua yg terlibat.. smoga usaha kita ni diberkati ALLAH...ameen..=)







MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)