PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Friday 26 September 2008

Bidang-bidang tugas Lujnah

BIDANG-BIDANG TUGAS

LUJNAH-LUJNAH

PERSATUAN AGAMA ISLAM ( PAI )

LUJNAH MEDIA

- Menyambung penerbitan majalah One Aim

- Menerbitkan dan mengedarkan risalah dakwah secara berkala.

- Meneruskan kesinambungan penerbitan risalah pada bulan Ramadhan.

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk promosi dana dan aktiviti

- Kandungan bahan cetakan hendaklah mendapat persetujuan penasihat PAI atau majlis tertinggi.

LUJNAH PUBLISITI

- Mengemaskini papan kenyataan.

- Memastikan setiap pengumuman aktiviti mingguan dilekatkan di papan kenyataan

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk promosi dana dan aktiviti

- Kandungan bahan cetakan hendaklah mendapat persetujuan penasihat PAI atau majlis tertinggi.

LUJNAH DANA

- Mengemas kini akaun dana Persatuan Agama Islam ( PAI ) dengan kerjasama bendahari.

- Memastikan setiap promosi barangan dilekatkan di papan kenyataan dan dipromosikan pada risalah edaran.

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk promosi dana.

- Memastikan promosi jualan berlangsung pada setiap aktiviti Persatuan Agama Islam.

- Setiap barangan yang hendak dipromosikan hendaklah mendapat persetujuan penasihat PAI atau majlis tertinggi.

LUJNAH SUKAN & PERHUBUNGAN

- Merancang aktiviti sukan atau riadah yang dapat membina ukhwah di kalangan ahli PAI dan warga institut

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk sebarang aktiviti promosi.

- Bertanggung jawab dalam pengurusan aktiviti luar yang diuruskan PAI.

Contoh :

- pencarian fasilitator untuk program luar

- pengurusan peserta ceramah dan program luar institut

dsb

LUJNAH DAKWAH & TARBIYAH

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk sebarang aktiviti dakwah dan tarbiyyah.

- Merancang sebarang bentuk program.Cth : rehlah, daurah, ceramah umum, tazkirah dsb )

- Bertanggung jawab dalam pengurusan aktiviti luar yang diuruskan PAI.

LUJNAH SURAU

- Bekerjasama dengan lujnah lain untuk sebarang aktiviti dakwah dan tarbiyyah.

- Merancang sebarang bentuk program pengisian.

Cth: tazkirah, bedah buku, ceramah umum dsb

- Bertanggung jawab dalam pengurusan surau dalam semua aspek.Cth kemudahan, kebersihan dsb.

- Bertanggungjawab dalam pengurusan bidang tugas ahli lain untuk aktiviti di surau sepanjang bulan Ramadhan.

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)