PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Friday 23 April 2010

JOM TIDUR!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan..
kaifa hallukum??
InsyaAllah bitaufiq..

Mm...siang malam pagi petang..asyik assigment ja kan???
folio la..isl la..pasti kawan-kawan penat!
bila dah penat mesti mengantuk..konfem punya...

tunggu apa lagi..jom tidur!
tapi sebelum tu..tahukah anda?

Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?


Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..
Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur

“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.” (Riwayat Bukhari)

Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.
Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.” (Riwayat Bukhari)

Cara Tidur Yang Betul

“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Secara umumnya ada 4 cara tidur...yang mana satukah pilihan sahabat-sahabat?

1. Tidur Para Nabi

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah

miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba

miring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan

menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Sekian untuk post tidur...WaAllahua'lam...

Wednesday 21 April 2010

MANTAPKAN IMAN DENGAN MENYERTAI MAJLIS ILMU

Selari dengan matlamat untuk mewujudkan iklim bi'ah solehah, alhamdulillah Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah sepakat mengadakan program kerohanian yang berterusan iaitu tazkirah serta pengajian Al-Quran.

Pemantapan iman ini membolehkan semua guru pelatih untuk belajar dengan lebih mendalam serta mengambil iktibar dalam menempuh kehidupan seharian.

Insya Allah, semua warga institut atau sesiapa sahaja dijemput hadir untuk mereguk rahmah dari majlis-majlis ilmu ini..

Saturday 17 April 2010

Bolehkah ber"FACEBOOK"?

PERKONGSIAN BERSAMA (Dicuplik dari http://www.pisyek.com/macam-macam/hukum-sertai-facebook.html)

Saya ditanya soalan: "Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zuckerberg menyumbang dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?"

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

Isu 1

Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda." (Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

Isu 2

Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbangkan kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberi keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali disisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

Isu 3

Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan, dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka.

Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian.

Facebook logo

Jika dikatakan: "Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap," maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu.

Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain. Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya.

Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri sehingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.
Isu 4

Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.

Kesimpulan

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lain-lain.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menuduh pengguna Facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
* Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio, dan sebagainya.
* Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
* Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook itu sendiri.
* Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir, dan pendidikan.
* Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.
* Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam Facebook sama ada atas dasar main-main atau sebagainya.
* Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal.

Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook.

Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira menggunakan Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemashalatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Ditulis oleh: Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM
Metro Ahad - 10 Januari 2010

Kami di FACEBOOK.




Alhamdulillah, Lujnah Media dan Dokumentasi Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang telah memiliki group PAI (Persatuan Agama Islam).

Dengan wujudnya group di laman sosial facebook, interaksi antara kita akan menjadi lebih cepat dan mudah.

Semoga apa yang kita lakukan, adalah kerana niat fisabilillah walau dengan apa cara sekalipun.

-Editor/Admin

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH....ingatlah, kita adalah pejuang!

Marhalah Takwin (Peringkat Pembentukan)

Marhalah Takwin atau peringkat pembentukan anggota Islam merupakan tahap kedua selepas peringkat pengenalan (ta’rif). Setelah kerja penyebaran kefahaman Islam berjalan dengan baik, pendakwah perlu memilih daripada kalangan mereka yang menerima dakwahnya untuk dibentuk, dilatih supaya berlaku pengislahan dan peningkatan syakhsiyah individu tersebut sehingga menjadi muslim yang memiliki ciri-ciri Islam sebenar. Mereka diharapkan akan menjadi pendakwah dan pendokong Islam pada masa depan.

Demikianlah sebenarnya apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyeru manusia kepada Islam dan kemudian mendidik mereka sehingga lahir sebagai da’i, mujahid dan pejuang Islam yang berperanan menyebar, mengembang dan mempertahankan Islam.





KEPENTINGAN MARHALAH TAKWIN


Tanpa marhalah takwin, orang yang menerima seruan dakwah tidak dapat sampai kepada hakikat Islam sebenarnya kerana Islam bukan sekadar kefahaman dan keinginan, tetapi lebih daripada itu memerlukan penghayatan dan pelaksanaan dalam kehidupan. Islam bukan teori sahaja, tetapi mesti diikuti dengan praktikal. Untuk menjadi manusia yang mampu melaksanakan Islam, maka setiap individu perlu melalui proses pembentukan dan tarbiyah. Ini merupakan sunnahtullah dan sunnah yang ditunjuk oleh Rasullullah SAW.

Antara sebab kejayaan Rasullullah dan sahabat-sahabatnya dalam kerja-kerja dakwah ialah baginda berjaya membentuk kader-kader yang dapat berperanan menerus dan melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah SWT.

Dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah antara contoh zaman baru yang melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam bentuk ini. Mereka berjaya menerus dan memperkembangkan dakwah Islam hampir ke seluruh pelusuk dunia dan dakwah itu semakin berkembang.
Dakwah tanpa diikuti dengan pembentukan syaksiyah tidak akan memberi makna kepada Islam. Islam memerlukan para pekerja dan pejuang yang sanggup memikul amanah besar dan mulia yang pernah dilakukan oleh para Rasul. Islam memerlukan muslim yang bersedia menegakkan syariat Allah, mempertahankannya daripada ancaman dan serangan musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang Yahudi juga Kristian tidak akan reda sehingga kamu menurut Agama mereka.” (Al-Baqarah: 120)

Islam tidak akan berkembang jika umatnya hanya menjadi permerhati kepada perjalanan sejarah, bukan pembentuk sejarah. Orang-orang yang tidak dibentuk dengan tarbiyah Islamiyah yang syamilah (sempunra) hanya mampu menjadi penonton dan akan berduyun-duyun menjadi pelarian apabila musuh membuat serangan. Serangan musuh akan datang dalam berbagai-bagai bentuk, samaada ideologi, budaya mahupun serangan senjata. Ini semua memerlukan kepada para mukmin dan mujahid yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegak dan mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.
Inilah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Dakwah yang menghasilkan kualiti dan membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan dakwah yang menjadi adat atau sekadar upacara pada hari atau musim tertentu yang dilakukan tanpa konsep yang jelas dan dorongan yang betul.


MATLAMAT DAKWAH ISLAM


Dakwah Islam bukan sekadar ingin mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juz-i seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada sunnah Rasulullah, tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah serta memperjuangkannya sebagai ad-din yang syamil dan kamil.



“Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi mereka yang berbuat demikian kecuali kehinaan di dunia dan di akhirat dan akan dicampakkan ke dalam azab yang pedih dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”

Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sistem Allah serta dan menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada okjektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Allah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-dakwah dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Insyaallah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredaan Allah SWT


MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)