PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Showing posts with label FESIS 2011. Show all posts
Showing posts with label FESIS 2011. Show all posts

Thursday, 27 October 2011

memori FESIS

Suasana di karnival jualan

Persembahan qasidah IPG Tunku Bainun
Persembahan peserta peringkat akhir


bersama tetamu jemputan--kumpulan Mestica

Penyampaian hadiah --- tahniah kepada pemenang dan semua peserta


Keputusan:

Muslimin

Johan : Al-Saufi

Naib Johan Kashwar

Ketiga: Soutul Maskrede

Muslimat

Johan : · Humaira’

Naib Johan · Nur Syahadah

Ketiga: · Saidatina Islamiyyah




kenangan--penggerak FESIS bersama kumpulan Mestica
Alhamdulillah ,syukur kepada Allah atas kelancaran,kemudahan dan kejayaan yang diberikan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua --- daripada setinggi-tinggi jawatankuasa sehinggalah ke para penonton kerana telah memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan FESIS 2011.jazakaAllah..
.
p/s :smoga brjaya diucapkan kepada pimpinan FESIS 2012

Sunday, 28 August 2011

Jom BerNASYID !! – NAda,SYIar,Dakwah



Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14;


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."

Daripada ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah tahu apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia.Islam adalah agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.

Bercakap tentang seni muzik,jika dahulunya ia hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, bagaikan darah daging manusia kerana ada yang mencari rezeki melaluinya dan mungkin ada yang akan mengatakan "Ya Allah, mati kebosanan la aku kalau TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan! tanpa hiburan,boleh MATI KEBOSANAN!


Apa yang nyata,Allah tidak melarang kita untuk berhibur namun perbatasannya tetap ada kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.


Maka di sini FESIS 2011 dengan bertemakan


“Memantapkan Ukhuwwah Memperkasakan Ummah”;

Kami mengajak anda untuk berhibur di saluran yang betul,yakni berhibur sambil beribadah dengan mengalun Nada,menebar SYiar,dan berDakwah = NASYID!



Nak join??Baca ni dulu....

Sistem dan format
  • Setiap kumpulan terdiri daripada 6-10 orang peserta.
  • Kumpulan yang dipertandingkan adalah sebanyak 10 buah pasukan sahaja.
  • Setiap kumpulan akan menyampaikan 2 buah lagu.
  • Setiap kumpulan digalakkan menggunakan alat perkusi.Penggunaan ”minus one” juga adalah dibolehkan.
Penyertaan

  • Hanya guru pelatih dari IPG KPP sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
  • Bukan guru pelatih IPG KPP tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta dalam pertandingan ini.
  • Tontonan pertandingan nasyid kategori wanita adalah terbuka kepada penonton wanita sahaja di kalangan pensyarah dan kakitangan wanita di institut.
  • Penonton kategori lelaki adalah terbuka kepada semua guru pelatih dan warga IPG KPP( pensyarah, kakitangan institut )


Pengadilan

  • Pertandingan akan diadili oleh hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.
  • Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana kumpulan yang bertanding.
  • Setiap keputusan adalah muktamad dan sebarang perubahan tertakluk kepada Jawatankuasa Induk


Yuran Penyertaan

  • RM 30.00 untuk setiap pasukan yang menyertai pertandingan.


Berbeza dengan prestasi tahun sudah,FESIS kali ini bakal menggemparkan warga IPG Kampus Pulau Pinang dengan kehadiran kumpulan artis nasyid tanah air – MESTICA! Bagi sama-sama memastikan keberjayaan program ini yang akan kita kongsi bersama,anda boleh menghulurkan bantuan dengan menyumbang dana ke no akaun seperti yang tertera di bawah:


PERSATUAN AGAMA ISLAM IPG KAMPUS PULAU PINANG

07034010031480




MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)