PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Saturday 14 May 2011

PROGRAM BEDAH KITAB


Pada 10 Mei 2011 yang lalu iaitu hari Selasa bersamaan dengan 6 Jamadil Akhir 1432H, satu program telah berlangsung iaitu Program Diskusi Buku yang bertajuk ‘Syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah’. Ustaz Aminuddin Bin Abdul Rahim, Pensyarah Kolej Universiti Insaniah (KUIN),Kedah yang juga Penceramah Radio Kedah.FM telah dijemput bagi menjadi penceramah jemputan pada program tersebut. Program ini telah berlangsung di Surau Al-Falah bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.

Pelbagai input baru yang diterima oleh peserta yang terlibat dan peserta menunjukkan minat yang tinggi semasa penceramah memberikan ceramah beliau. Di samping itu juga, bagi menambahkan kefahaman para peserta yang terlibat, slot pertanyaan juga dibuka. Pelbagai pertanyaan yang terbuku di hati selama ini akhirnya dijawab dengan jelas oleh Ustaz Aminuddin. Program ini diakhiri dengan solat berjemaah bersama-sama dengan penceramah jemputan. Program ini telah dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Pulau Pinang. Semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini telah sama-sama berganding bahu bagi menjayakannya.

Sunday 8 May 2011

MUSUH YANG UTAMA

Hari ini, ada di antara manusia yang menganggap kawan baiknya adalah musuh yang utama, ada pula cepat terasa apabila ditegur oleh sahabatnya, lalu memutuskan hubungan silaturahim, yang lebih parah ada sahabat yang sanggup menemui bomoh bagi menjatuhkan sahabatnya yang lain. Namun sedarkah kita, siapakah musuh yang paling utama dalam hidup ini, yang perlu kita perangi dan isytiharkan permusuhan dengannya. Ia sebenarnya syaitan laknatullah.
Hakikat kehidupan yang sudah kita ketahui ialah, musuh jika tidak dapat menggunakan pendekatan yang keras terhadap kita, maka dia akan menggunakan pendekatan yang sebaliknya iaitu pendekatan yang lebih lembut. Syaitan sebagai contoh, jika mereka tidak berjaya mengajak manusia melakukan kemaksiatan mereka akan berusaha supaya manusia menjadi riak dan sombong dengan perkara kebaikan yang telah dilakukan. Di sini, kita dapat melihat kesungguhan syaitan dalam menyesatkan umat manusia, walaupun menggunakan apa jua cara. Itulah yang dimaksudkan dengan usaha menyesatkan manusia dari depan dan belakang, dari kanan dan kiri, seperti firman Allah:

“ Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka dan dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” ( Al-A’raf ayat 17).

Cuba kita hayati sebuah cerita sahabat yang bernama Abdullah Ibn Maktum, yang perlu dijadikan pengajaran dan teladan oleh kita semua.
Abdullah Ibn Maktum pernah meminta agar dikecualikan daripada solat berjemaah di masjid. Namun, Rasulullah s.a.w. enggan memberikan pengecualian ke atasnya memandangkan beliau masih mampu mendengari seruan azan dan mampu berjalan menuju ke masjid walaupun dalam keadaan buta.
Pada subuh pertama selepas peristiwa tersebut, berjalanlah beliau menuju ke masjid. Malangnya, dia tersungkur dan jatuh hingga menyebabkan dahinya berdarah.

Keesokan harinya, Abdullah Ibn Maklum tidak patah semangat untuk tetap menuju ke masjid. Namun, kali ini beliau dipimpin oleh seorang pemuda sehingga dia selamat tiba di masjid. Begitulah berterusan hari-hari berikutnya. Pemuda itu sentiasa hadir memimpin Abdullah Ibn Maktum.
Pada suatu hari Abdullah Ibn Maktum yang tidak dapat melihat pemuda ini kerana buta bertanya, “ Siapakah namamu wahai pemuda yang baik hati?” Pemuda tersebut enggan menjawab soalan tersebut. “Untuk apa engkau ingin mengetahui namaku? Namaku tidak penting!” Pemuda tersebut memberi alasan supaya tidak ditanya lagi.

“Aku ingin mengetahui namamu agar aku dapat mendoakanmu. Semoga Allah melipatgandakan balasan kebaikan buatmu.” Abdullah Ibn Maktum memberi alasan sebagai desakan agar pemuda itu mahu memberitahu namanya.

Malangnya pemuda itu tetap degil dengan pendiriannya sehingga mereka hampir bertengkar. Akhirnya, Abdullah Ibn Maktum terpaksa bersumpah bahawa jika pemuda itu enggan memberitahu siapakah dirinya maka Abdullah tidak mahu lagi menerima khidmat pemuda tersebut.

“Akulah Iblis!” Pemuda tersebut mula menceritakan tentang dirinya setelah Abdullah Ibn Maktum mengucapkan sumpah itu.

“Mana mungkin engkau adalah Iblis sedangkan engkau memimpinku ke masjid setiap hari.?” Abdullah tidak percaya apa yang didengarnya.

“Ingatkah engkau tentang peristiwa pertama kali terjadi ketika kamu menuju ke masjid?”

“Ya. Peristiwa itu tidak akan aku lupa. Aku jatuh tersadung batu hingga dahiku berdarah.”

“ Ketika itu aku mendengar para malaikat berkata bahawa separuh dosamu telah di ampun Allah. Oleh itu, aku takut jika peristiwa umpama itu berulang dan separuh lagi dosamu diampunkan maka tidak tersisalah dosamu!” Iblis mengakhiri kata-katanya dan menghilang.

Olahan yang bersumberkan: Al-Fatihah, Menyusun Struktur Perasaan & Fikiran Insan oleh Abdul Shahiid Shafruddin.

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)