Saturday, January 19, 2013
Bismillahirahmanirrahim
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Dalam kehidupan di bumi ALLAH yang serba indah kita telah dikurniakan dengan pelbagai sifat yang perlu dikendalikan dengan betul agar tidak terjerumus ke lembah durjana. Allah menciptakan manusia dengan seelok eloknya namun begitu yang menentukan hala tuju seseorang manusia itu adalah taqwa. Terdetiklah di hati ini untuk menjelaskan sedikit salah satu faktor dominan dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia iaitu persekitaran dan lebih terpenciri lagi dari aspek sahabat.
Sahabat dinyatakan sebagai rakan kita namun di sini ada perbezaan di antara kawan dan juga sahabat. Dalam sesebuah persahabatan tidak perlu ada perbezaan taraf ataupun boleh kita takrifkan sebagai layanan di antara seseorang sahabat dan juga sahabat lain. Adakah seperti itu dikenali sebagai sahabat? Tidak sama sekali. Contohnya, A mempunyai dua orang rakan yang iaitu B dan C. Namun begitu terdapat sedikit pendiskriminasian layanan yang diberikan terhadap dua orang rakannya tersebut. A melayan B dengan baik manakal A melayan C secara biasa sahaja dan kadangkala bertukar dingin. Apakah faktor berlakunya situasi tersebut? Mungkin si B bersikap lucu,baik paras rupanya, terkenal di kalangan rakan yang lain ataupun berharta. Kenapakah C di layan sebegitu rupa? Mungkin dia tidak cantik paras rupa, tidak terkenal ataupun mungkin si C pernah melakukan kesilapan terhadap A sehingga A sukar untuk melupakan perkara tersebut. Namun di mulut si A berkata kamu berdua adalah sahabat ku sampai bila bila.............DUSTA????
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama sahabatnya, oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat." (Hadis riwayat Ahmad)
Secara konklusinya janganlah kita bersikap begitu terhadap sahabat anda. layan dengan sama rata tetapi dengan berlandaskan syariah. Janganlah berlakunya diskriminasi dalam bersahabat itu. Secara tidak sengaja ia mengundang kepada perpecahan dalam sesebuah komuniti ataupun lebih teruk lagi dalam perpecahan sesama ummat Islam. Adil adalah perkara yang penting dan mestilah ditanam dalam diri setiap umat Islam kerana secara tidak sengaja ia mungkin menjadi kunci kepada kekuatan ummat Islam dalam mebina ukutan ukhuwah yang jitu.
"Ibarat teman yang baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi. Walaupun kamu tidak dapat memilikinya, namun kamu dapat juga menghidu bau harumnya dan bandingan teman yang jahat itu seperti seorang (tukang besi) yang menggunakan alat hembusannya. Biarpun kamu tidak terkena habuknya yang hitam, akan tetapi kamu terkena juga asapnya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Sekian,
Wallhua'lam
Monday, July 30, 2012
Tecatatnya sejarah mengisahkan perjuangan nabi kesayangan kita Nabi Muhammad SAW berjuang bagi menegakkan agama yang satu iaitu agama Islam. Agama yang syumul dan abadi sampai bila bila.
Bulan Ramadan sudah seminggu menjelma dan terlihat pada siang hari ramai manusia berpusu berpusu mencari wang bagi sesuap nasi dan pada malam hari menyediakan bekalan untuk hari esok iaitu hari akhirat. Namun persoalannya sekarang adakah pada bulan Ramadan sahaja kita dapat lihat manusia bersikap sedemikian atau lebih tepat lagi seimbang diantara dunia dan akhirat. Manusia dididik sejak dari angku sekolah lagi agar sentiasa produktif dan seimbang dari segi JERI dan Alhamdullilah kebanyakan daripada mereka berjaya mencapai keseimbangan itu namun begitu mampukah mereka seimbang diantara dunia dan akhirat? Semoga persoalan ini dapat membantu setiap manusia agar muhasabah diri mereka.
Apa ada dalam Ramadan???? Di sini ingin saya kupas sedikit apa ada dalam bulan Ramadan. Banyak khasiat yang boleh didapati di bulan Ramadan yang mulia ini antaranya ialah :
- Tereratnya Silaturahim sesama umat Islam. Sedar atau tidak sedar jamuan berbuka atau iftar jami'ie banyak membuka peluang kepada umat Islam untuk sama sama berbuka dan sekaligus dapat berkenalan antara satu sama lain.
- Ramadan juga sebagai sumber rezeki. Bila Ramadan menjelang ramai orang mengambil peluang untuk berniaga di bazar bazar bagi mencari sesuap rezeki. Sebab itu Ramadan juga berfungsi sebagai pintu rezeki oleh semua orang tidak kira umat Islam ataupun tidak. Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang. Memberi rezeki kepda semua manusia yang ada di muka bumi ini.
- Ramadan juga berfungsi sebagai universiti. Memberi peluang kepada semua penuntutnya untuk menuntut ilmu tidak kira di mana mana. Contohnya Ramadan mengajar kita supaya bersabar dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dan juga istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah.
Secara konklusinya Ramadan adalah salah satu titik permulaan bagi umat Islam untuk mengenali siapa dirinya. Anggaplah Ramadan ini seperti 'study week' dimana pada ketika inilah kita boleh menggilapkan asas kita dan ibadah kita terhadap Allah dan peperiksaan yang sebenarnya akan kita hadapi selepas Ramadan. Mampukah kita Istiqamah terhadap ibadat kita kepada Allah selepas bulan Ramadan? Tepuk dada tanya iman.
 |
| iftar di IPGKPP |
Sekian
Wallahua'lam.
Thursday, July 26, 2012
Ramadhan menjelma buat kali yang ke
seterusnya dalam hidup kita. Suasananya amat berlainan sekali berbanding
bulan-bulan yang lain sepanjang tahun. Dengan kehadiran kanak-kanak kecil ke
masjid yang kadang kala berlari
berkejar-kejaran antara mereka tidak kira tempat dan masa, bunyi dentuman
mercun di luar masjid yang menyebabkan para imam tersedak bacaannya, para bilal
pula terus melaungkan selawat dengan lantangnya manakala para makmum membalas selawat
pula dengan penuh kesepaduan sehinggakan urat-urat di tengkuk kelihatan jelas
menimbul di kulit leher mereka.
Inilah Ramadhan yang menjadi
perhiasan di tubir mata manusia terutamanya di tempat kita ini. Saban tahun,
hati dan mata kita dihidangkan dengan
perkara yang hampir sama semasa menyambut kehadiran Ramadhan. Setiap tahun
juga, kita melaluinya dengan gaya dan cara yang sama. Persoalannya, sejauh mana
kita sebagai mahasiswa pendidik muslim menghayati dan menghargai kehadiran
Ramadhan ini??
Wahai Orang Muda!
Katakan sebagai contoh, kehadiran
Rektor IPGM, Dr Haili Dolhan ke institut kita tempoh hari. Apa yang berlaku?
Kita dapat lihat ketika itu, lampu-lampu jalan dibaiki, Gelanggara disembur dan
dibasuh sehingga bersih, rumput-rumput di sekitarnya dipotong kemas,
bendera-bendera Malaysia dan Pulau Pinang dinaikkan di tiang-tiang elektrik dan
bermacam-macam persediaan lagi sehinggalah suasana ketika perhimpuan pada pagi
tersebut juga di susun elok supaya menepati piawaian kehadiran seorang rektor
ke institut kita.
Jika dinisbahkan kepada peristiwa
hadirnya Ramadhan dalam hidup kita, apakah yang telah kita lakukan sebagai satu
persediaan untuk menghargai kehadiran bulan penuh berkat ini? Adakah kita mula
memasang niat-niat suci supaya terangnya dasar hati kita?? Adakah hati dan jiwa
kita telah disembur dan dibasuh dengan ayat-ayat keinsafan dan taubat? Adakah
telah dipotong kemas hawa nafsu jahat yang telah berakar umbi di dalam
dada? Jika jawapannya BELUM, masih tidak
terlambat untuk buat persediaan bagi ‘memeluk’ erat Ramadhan kali ini.
Wahai Guru Muda!
Pastikan kehadiran Ramadhan kali ini
tidak dikecewakan dan dipinggirkan begitu sahaja. Pastikan juga Ramadhan kali
ini jauh berbeza daripada sebelumnya. Pastikan kita dianugerahkan TAQWA sebaik
melepasi Ramadhan kali ini. Pastikan juga tahun 1433 hijrah adalah tarikh aku
berubah. Kerana apa?? Kerana kehadirannya Ramadhan bukan di atas kehendak kita
dan kehadirannya jauh lebih mulia daripada hadirnya golongan ternama ke
institut kita.
Akhir sekali, Semarakkan Ramadhanmu
Dengan Penuh Keimanan!
Salam Transformasi Guru Muda. Salam
Ramadhan 1433H.

MARI SEMARAKKAN UNIVERSITI RAMADHAN ANDA!!!
Friday, July 13, 2012

Alhamdulillah, pada tanggal 5 Julai 2012, seorang Imam Muda dari Kajang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk "Dunia Zaman Muda". Imam muda Najdi telah berkongsi ilmu bersama-sama para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang mengenai dunia zaman muda pada masa ini. Sesungguhnya terdapat perbezaan antara zaman muda pada masa ini dengan zaman muda pada zaman Rasulullah. Pada masa ini, terlalu banyak gejala sosial yang telah berlaku dan hal ini kerana DUNIA ZAMAN MUDA = DUNIA BATU KACA. Apakah itu dunia batu kaca?? Dunia batu kaca merupakan dunia yang mempunyai pelbagai cabaran untuk diatasi, jika tidak pecahlah kaca itu dan tidak memberi makna lagi.

Kita dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah kepada Allah s.w.t, kita dikurniakan semangat untuk terus berjihad ke jalan Allah s.w.t dan kita dikurniakan akal fikiran bagi menentukan yang mana betul dan yang mana salah. Namun, adakah kita menggunakan kesemua nikmat Allah s.w.t itu sebaiknya? Ayuh syabab! Marilah kita bermuhasabah diri bagi mendapat keredaan Allah s.w.t. Marilah kita berusaha untuk mendaatk jannah Allah s.w.t. Tiada yang lebih menggembirakan hati selain mendapat tempat di sisi Allah s.w.t.
Marilah kita mencontohi sikap para sahabat Rasulullah yang sentiasa takut untuk mengingkari perintah Allah s.w.t. Marilah kita mencontohi sikap para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.
MuQaDdiMAh....
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)