PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Thursday, 1 October 2009

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Sunday, 13 September 2009

Program Khidmat Masyarakat: Rumah Anak Yatim BEDAYA



Sesi Permainan Fizikal...
"Kami bersatu untuk menang"...







Sesi LDK bersama anak-anak BEDAYA..
...."Apa yang abang fasilitator cakap tu??..








Sesi Taklimat dari Ketua Projek
"Sempat lagi fasilitator kita pose maut..smile.."








Sesi Taklimat
"Abang Rozaimi selaku pengerusi majlis"


*Senyum, masuk blog ni..


Nantikan laporan penuh program di edisi akan datang...

Jualan Buku: 65 Gambaran Kehidupan SAHABAT Edisi 1 & 2

Harga : RM 13.50 setiap satu

Kos penghantaran : RM 4

Buku ini membicarakan kisah sekumpulan manusia agung yang dipetik daripada realiti sejarah dan bukannya khayalan penulis yang direka-reka. Ia memaparkan gambaran kehidupan para Sahabat yang merupakan bintang petunjuk dan pembimbing manusia. Mereka adalah suri teladan yang pernah hidup di bawah didikan Rasulullah s.a.w.. Mereka merupakan implementasi kepada risalah Baginda yang menggabungkan keimanan, keilmuan dan praktik amal.Dengan itu, buku ini mengandungi nilai-nilai murni yang bersumberkan akidah dan kefahaman Islam. Ia juga mengandungi saranan yang menarik dan pengajaran bermanfaat dalam bentuk penceritaan dan karya kreatif sastera.

Hubungi:

Shahidan Bin Saaid 019-4757447

Khairilazhar Bin Karim 013-4891004

untuk membeli secara terus, boleh dapatkan buku-buku di alamat berikut


KRJ MOTIVATION (PG0213305D)
No.1756. 1st Floor, Jalan Dato’ Hj Ahmad Badawi,
Taman Seri Indah,13200 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
krjmotivation@yahoo.com

atau pada wakil jualan:
AIZUDDIN BIN ABD RAZAK 3SNBM2 Lujnah Media & Dokumentasi

Jualan Buku: 37 Kisah Kehidupan TABI’IN

Harga : RM 12.00 setiap satu

Kos penghantaran : RM 4.00

Buku ini menceritakan kisah sebenar kehidupan sebahagian pemuka tabi’in. Zaman yang hampir dengan zaman kenabian dan mereka berpeluang mendapat didikan langsung daripada guru-guru yang keluar daripada madrasah nabi Muhammad s.a.w.. Mereka ditanamkan dengan kekuatan keimanan, mementingkan kehidupan akhirat, mengambil dunia sekadar perlu dan tengelam dalam keredhaan Allah. Mereka benar-benar berusaha mencari kebahagiaan akhirat. Dengan sebab itu mereka mendapat kebahagian dunia. Mereka menghadapi jubaan hidup dengan penuh ketenangan dan memiliki kekayaan yang amat bernialai, lebih bernilai daripada dunia dan isinya. Mereka kaya jiwa.

Hubungi:

Shahidan Bin Saaid 019-4757447

Khairilazhar Bin Karim 013-4891004

untuk membeli secara terus, boleh dapatkan buku-buku di alamat berikut


KRJ MOTIVATION (PG0213305D)
No.1756. 1st Floor, Jalan Dato’ Hj Ahmad Badawi,
Taman Seri Indah,13200 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
krjmotivation@yahoo.com

atau pada wakil jualan:
AIZUDDIN BIN ABD RAZAK 3SNBM2 Lujnah Media & Dokumentasi





Perang Badar atau Nuzul Quran?

Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama' berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 Ramadhan .

Peperangan badar berlaku di sebuah tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w  dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan  ini mula merebak ke Madinah.

Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam  dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa.Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah  s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah.

Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari  Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan  Quraisy itu  telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang  telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka.

Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan .

Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.

Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah.

 oleh Ustaz Abdul Kareem as-Saquofi- Imam Masjid Hidayatul Islam (terjemahan )

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)