PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sunday, 28 August 2011

Jom BerNASYID !! – NAda,SYIar,Dakwah



Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14;


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."

Daripada ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah tahu apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia.Islam adalah agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.

Bercakap tentang seni muzik,jika dahulunya ia hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, bagaikan darah daging manusia kerana ada yang mencari rezeki melaluinya dan mungkin ada yang akan mengatakan "Ya Allah, mati kebosanan la aku kalau TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan! tanpa hiburan,boleh MATI KEBOSANAN!


Apa yang nyata,Allah tidak melarang kita untuk berhibur namun perbatasannya tetap ada kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.


Maka di sini FESIS 2011 dengan bertemakan


“Memantapkan Ukhuwwah Memperkasakan Ummah”;

Kami mengajak anda untuk berhibur di saluran yang betul,yakni berhibur sambil beribadah dengan mengalun Nada,menebar SYiar,dan berDakwah = NASYID!



Nak join??Baca ni dulu....

Sistem dan format
  • Setiap kumpulan terdiri daripada 6-10 orang peserta.
  • Kumpulan yang dipertandingkan adalah sebanyak 10 buah pasukan sahaja.
  • Setiap kumpulan akan menyampaikan 2 buah lagu.
  • Setiap kumpulan digalakkan menggunakan alat perkusi.Penggunaan ”minus one” juga adalah dibolehkan.
Penyertaan

  • Hanya guru pelatih dari IPG KPP sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.
  • Bukan guru pelatih IPG KPP tidak dibenarkan sama sekali untuk turut serta dalam pertandingan ini.
  • Tontonan pertandingan nasyid kategori wanita adalah terbuka kepada penonton wanita sahaja di kalangan pensyarah dan kakitangan wanita di institut.
  • Penonton kategori lelaki adalah terbuka kepada semua guru pelatih dan warga IPG KPP( pensyarah, kakitangan institut )


Pengadilan

  • Pertandingan akan diadili oleh hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan.
  • Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana kumpulan yang bertanding.
  • Setiap keputusan adalah muktamad dan sebarang perubahan tertakluk kepada Jawatankuasa Induk


Yuran Penyertaan

  • RM 30.00 untuk setiap pasukan yang menyertai pertandingan.


Berbeza dengan prestasi tahun sudah,FESIS kali ini bakal menggemparkan warga IPG Kampus Pulau Pinang dengan kehadiran kumpulan artis nasyid tanah air – MESTICA! Bagi sama-sama memastikan keberjayaan program ini yang akan kita kongsi bersama,anda boleh menghulurkan bantuan dengan menyumbang dana ke no akaun seperti yang tertera di bawah:


PERSATUAN AGAMA ISLAM IPG KAMPUS PULAU PINANG

07034010031480




Hiburan Dalam Islam : Mukadimah

Lewat peperangan Salib,Gleed Stones,salah seorang bekas perdana menteri di Eropah pernah berkata;"Sia-sia memerangi umat Islam kerana kita tidak akan mampu menguasai mereka selama di hati pemuda-pemuda Islam al-Qur'an masih bergelora.Tugas kita kini adalah mencabut al-Qur'an dari hati mereka”.Apa yang nyata,jika dahulu tentera Salib menyerang kaum Muslimin dengan bom, meriam dan peluru,ironinya serangan itu hingga kini masih tetap berlangsung namun sasarannya bukan lagi jasmani, tetapi aqidah umat Islam dengan bersenjatakan landasan seni hiburan yakni fokusnya seni muzik,nyanyian dan perfileman yang mampu melemahkan hati muslimin.




Ramai dalam kalangan kita yang beranggapan bahawa Islam itu suatu perkara yang berat untuk dilaksanakan sedangkan Islam itu ciri-cirinya Thabat wa Murunah (Tetap dan Fleksibel).Maka dalam menjawab persoalan hiburan,Islam sama sekali tidak menolak fitrah manusia yang gemar dan perlukan hiburan asalkan fitrah itu dikawal dengan syariat dan akal,bukannya nafsu yang menyesatkan seperti mana firman Allah s.w.t dari surah Luqman ayat 6:


وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِى لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬


Maksudnya : "Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan."


Maka hiburan yang bagaimanakah yang dibenarkan syariat islam?Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata : “Sesungguhnya hati akan bosan seperti badan. Oleh itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati. Istirehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka,bisa buta”.Kerehatan hati (hiburan) yang dimaksudkan berfungsi sebagai dorongan untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia mahupun akhirat bermatlamatkan keredhaan Allah swt dan ketahuilah bahawa sebaik-sebaik cara mendapatkan kerehatan dan ketenangan hati adalah dengan zikrullah (mengingati Allah).



Konsep hiburan dalam islam mudah difahami melalui fatwa yang dikeluarkan oleh Imam Al-Ghazali dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin yang menyatakan, “Hukum seni muzik dan seni suara adalah HARUS.Keharamannya adalah disebabkan oleh hal-hal lain bukan sebab zatnya sendiri”.Analoginya,ayam itu halal untuk dimakan,namun kalau ayam itu digoreng dengan mencampurkan arak,hukumnya adalah haram.Selain itu,islam juga menggariskan kesederhanaan dalam berhibur.Kebaikan hiburan akan dapat dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara serius.Hiburan umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar menjadi hodoh dan begitulah hati manusia.


Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan hal-hal lain yang bukan sebab zat hiburan seperti yang dikatakan Imam Al-Ghazali adalah seperti lirik lagu atau skrip yang memuja wanita,menggalakkan perkara-perkara haram seperti pergaulan bebas,dan fitnah yang menghina amalan-amalan islam,mengandungi unsur yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta,menyerupai pengaruh ajaran agama lain atau ideologi yang menyesatkan dan dipersembahkan dengan tidak menepati tuntutan islam seperti tidak menutup aurat dan penjadualan yang mengabaikan ibadat yang lebih utama seperti solat di awal waktu dan mempelajari al-quran.


Adakah skop hiburan dalam islam ini terlalu sempit dan terhad sehingga orang ramai terfikir alternatif hiburan islamik hanya nasyid,qasidah dan lafaz zikir yang dilagukan?Sama sekali tidak!.Dalam hal ini,para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri tentang hiburan yang bagaimana bersesuaian dengan dirinya.Contohnya,mendengar lagu yang berlirikkan perkara yang memesongkan ajaran islam dan mempropagandakan ideologi Barat lebih membuatkan si A berzikrullah dan menjadikan lagu tersebut pengajaran bahawa musuh-musuh islam tidak akan pernah berhenti membolak-balikkan hati umat islam,maka ia tidak haram buat dirinya.Lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain walaupun berkisarkan percintaan,namun jika ditafsirkan si B ia ditujukan kepada Allah swt,maka ia juga tidak menyalahi syariat.


Bagaimana pula dengan suara wanita yang dikatakan aurat?Jelasnya,Islam menentang perempuan yang mencantikkan suaranya secara mendayu dan menggoda kecuali pada yang berhak yakni suaminya.Persoalan yang akan timbul apabila berbicara tentang perkara ini, bagaimana mendayu dan manja itu diukur?Disebabkan tiada kayu pengukur untuknya,ada ulama’ yang menggariskan satu kaedah yang selamat, mengharamkan suara wanita dalam hiburan di khalayak terutamanya seni nyanyian secara mutlak.Walau bagaimanapun,jika pendengar nyanyian wanita tersebut hanya kaum wanita dengan tiada langsung campur tangan kaum lelaki,maka ia dibenarkan sama sekali.


Beralih kepada bab alat muzik bertali dalam hiburan,kita perhatikan dulu kenapa ada ulama’ yang mengharamkannya dahulu.Ini adalah kerana suatu ketika dahulu,alat muzik bertali merupakan simbol peminum arak dan mereka berpegang teguh dengan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Dia memerintahkan aku menghapuskan al-Mazamir (alat muzik yang ditiup seperti seruling) dan al-kabarat (gambus dan alat muzik bertali) serta berhala yang disembah di zaman jahiliyyah.”Dalam situasi masa kini,penggunaan alat muzik bertali dibenarkan kerana pada zaman ini,alat muzik bertali sudah menjadi kebiasaan masyarakat umum dan tidak lagi terhad kepada golongan tertentu,maka ia dibenarkan.Nah,bukankah islam itu mudah lagi mempermudahkan?Selamat berhibur!

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)