PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sunday, 28 August 2011

FESIS 2011 - DAKWAH DAN SENI BERSATU

Nasyid merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Istilah nasyid menurut masyarakat Indonesia , adalah ganti dari kata qasidah sebagaimana yang dimaklumi di daerah Sumatera dan Kalimantan.Namun jika ditinjau dari bahasa Arab,nasyid berasal dari kata nasyada yang bermaksud membangkitkan, memberikan semangat, meneriakkan dan lain-lain.


Nasyid juga telah menjadi medium melestarikan dakwah secara berhikmah, ini selaras dengan maksud Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 135:


“ Serulah kepada jalan Tuhan-Mu dengan penuh hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik.”


Hikmah boleh ditafsirkan dengan kata-kata yang lembut, tidak dilakukan secara paksaan dan tidak terkecuali daripada menggunakan kata-kata berseni dan lagu yang meruntun jiwa, yang boleh memberikan kesan mendalam kepada jiwa manusia sebagaimana nasyid.


Nasyid juga turut mengajak manusia untuk berzikir kepada Allah S.W.T di mana unsur-unsur zikir dan doa turut menghiasi seni nasyid, disamping dijadikan sebagai kaedah yang boleh membantu memudahkan hafalan Asmaul Husna, nama-nama nabi, sifat-sifat Allah dan Rasul-Nya, dan nama-nama surah yang terdapat dalam Al-Quran


Untuk ini,Jabatan Pengajian Islam dan Moral ( JAPIM ) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Persatuan Agama Islam IPG Kampus Pulau Pinang ( PAI) telah menganjurkan Festival Inspirasi Seni 2011 yang sinonim dengan nama FESIS 11' bagi menyokong usaha dakwah ini.



MESYUARAT TERGEMPAR FESIS 2011


Jawatankuasa Tertinggi FESIS 2011

Pengarah Program: Mohd Zulhasnan Bin Abdullah
Timb. Pengarah I: Hasbullah Bin Mohd @ Mat Isa
Timb Pengarah II: Afida Akmar Binti Abdul Rahim
Setiausaha I: Khairul Naim Bin Jaafar
Setiausaha II: Fatma Wahida Bt Amran
Bendahari: Muhammad Hazman Bin Shafii


Pengarah Program,Abu Saut sedang membentangkan skop-skop tugas Jawatankuasa Pelaksana FESIS 2011.

Ahli-ahli lujnah membentuk halaqah untuk menyusun perancangan bagi menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada lujnah masing-masing

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS,SEMUA!


Ramadan dan Merdeka


RAMADAN adalah bulan di saat kaum muslimin memiliki ghairah besar untuk berjihad menegakkan agama Allah, bukan bulan yang memperlemah umat Islam dalam hari-hari yang penuh kelesuan.













Mari kita kembali menyelak tabir-tabir sejarah. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadan dan kaum muslimin menuai kemenangan yang gemilang. 313 pasukan Islam berhasil mengalahkan 1000 pasukan kafir Quraisy yang bersenjatakan lengkap. Kemenangan gemilang pertama yang diraih umat Islam ini kemudian menjadi penguat eksistensi kaum muslimin di Madinah dan pembuka bagi kemenangan-kemenangan Islam berikutnya. Adakah pakar peperangan saat itu yang boleh memprediksi bahawa Rasulullah dan para sahabatnya mampu memenangi peperangan? Dan kemenangan jihad ini terjadi di bulan Ramadhan!

Enam tahun kemudian terjadi peristiwa yang jauh lebih besar dan mempesona. Inilah penaklukan paling indah dalam sejarah umat manusia. Penaklukan tanpa korban jiwa. Kemenangan besar tanpa tetesan darah! Sepuluh ribu pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah memasuki Makkah dengan tenang, menang tanpa perlawanan. Bukan hanya kemenangan secara fizikal yang membuat pasukan Makkah tidak berani memberontak, tetapi juga kemenangan jiwa sehingga keimanan masuk ke jiwa-jiwa majoriti penduduk Makkah menggantikan seluruh kekufuran dan permusuhan mereka. Maka, tak ada satupun yang membela saat 360 berhala di sekeliling ka’bah dihancurkan. Tak ada yang meratapi atau melakukan demontrasi saat berhala-berhala itu dilenyapkan. Sebab, sesaat sebelum dilenyapkan dari masjidil haram, Allah telah melenyapkan dari hati mereka. Inilah jihad dan kemenangan besar yang juga terjadi di bulan Ramadhan.

Jika Ramadhan telah menjadi bulan jihad, maka mari kita berdiri untuk memandangi wajah negara ini. Sudahkah ia merdeka secara hakiki? Dan sudahkah kita mendapatkan kemerdekaan hakiki sebagai umat Islam Malaysia?









Kemerdekaan pertama yang harus dimiliki oleh manusia adalah kemerdekaan dari segala bentuk peribadatan kepada selain Allah. Jika seorang manusia masih dicekam ketakutan kepada sesama manusia, atau makhluk lain, lalu bolehkah ia disebut merdeka? Padahal manusia sama derjatnya di sisi Allah. Yang membezakan hanyalah ketaqwaannya.


إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ


Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa (QS. Al-Hujurat : 13)

Kemerdekaan pertama adalah kemerdekaan aqidah. Bahwa kita hanya beribadah kepada Allah, takut kepada Allah, dan berharap hanya pada Allah. Bertauhid dengan benar. Sehingga seorang mukmin tidak lagi memiliki kekhawatiran dan ketakutan, ia merdeka!


Friday, 26 August 2011

Ramadan Mubarak.....


May Allah swt be with you every step that you take,
May HE guide you with each decision you make,
May HE help you when life gets rough,
May HE lift you when you've had enough,
May HE protect you when you fall,
May HE hear you when you call,
May all your duas be accepted,
May you always be in Allah swt's loving hands.

Ramadan Mubarak


May ALLAH swt shower his blessings upon you....
May ANGELS protect you in all that you do....
May JANNAH become your one true goal and....
May ALLAH swt have mercy on your sweet soul....

Ramadan Mubarak

Wednesday, 24 August 2011

riang ria RaMaDaNN di IPG KPP

Iftar Jamaie


















Solat sunat tarawih, Qiamullail, tadarus...


























Bazar Ramadan
















Majlis Khatam Al-Quran











Saturday, 20 August 2011

kEjaRrrrLah DiaA!!!!

Alhamdulillah,kini kita telah melangkah ke fasa terakhir Ramadan..

pejam celik pejam celik sekejap je dh HaBiSs 20 hari kita berpuasa..
mcm2 lagu raya dh bermain kat radio tu ha..
Tv apatah lagi..pelbagai rancangan menarik menanti anda...maSak2 kuih RAYA la, movie raya, cRitA raya, RanCAnGan raya n plbagai lagi la walaupun raya xkunjung tiba gi pun..

memang seronok nak raya..tapi apbila difikir2 balikkan, kita ni ibarat mengalu-alukan ramadan pergi tanpa rasa sikit pun perasaan menghargai..

pepatah melayu ada mengatakan kuman seberang laut nampak tapi gajah yang besar di depan mata langsung kita tak nampak



rakan2, teman2, sahabat2..
marilah!!ayuhlah!!!
kita hargai baki2 ramadan yang tinggal ni..
pernahkah sahabat2 terfikir,mungkin adakah ini ramadan kita yang terakhir ???

mari kita manfaatkan 10 hari terakhir ni dengan perkara2 yg kiranya ini adalah ramadan kita yang terakhir maka Insyaallah kita tidak akan menyesal dan terkilan dengan amal kita

malah 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

jom SAHABAT2!!

PAI menyeru kepada semua untuk bangun!! jangan asyik dibuai mimpi...tetapi bangunlah dan terus berlari! jangan jalan mahupun berjoging. INGAT, kita hanya tinggal 10 hari sahaja untuk bersama Ramadan 1432H.


Kejarlah sebanyak mungkin amal dan jgn biarkan orang lain yang mendahului. ingat! diri ini mesti menang.menang dengan hawa nafsu sendiri, menang dalam berbakti dan menang jua dalam mencari reda dan rahmat Illahi.


selamat berlari dan kejarlah 10 Ramadan terakhir ini!





MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)