PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Sunday, 7 August 2011

AhLaN WaSaHLAn Ya RaMaDaN!!!!

MARI SERTAI MADRASAH RAMADAN!!!!

pelbagai aktiviti menarik menanti anda di bulan Ramadan Karemm ni...
Ayuh!!JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

pahala berlipat ganda

xperlu cagaran
xperlu pendahuluan
xperlu bunga

hanya amalan semata-mata

mudah dan senang..ting!

  • tadarus Al-Quran
  • qiyamullail
  • majlis khatam Al-Quran
  • iftar jamaie
  • infaq
  • solat dhuha n pelbagai lagi..........






Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: ‘Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.’
4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (H.R Ahmad)


SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA
...dari kami...Persatuan Agama Islam(PAI)





.

Wednesday, 20 July 2011

Diskusi Kitab bersama SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI

Alhamdulillah, pada malam Isnin yang lalu, bumi IPG sangat bertuah kerana telah dihadiri seorang ilmuwan Indonesia, SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BENTANI AL-HUSAINI bagi menjayakan program diskusi kitab. Program Diskusi kitab ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Persatuan Agama Islam(PAI) IPG Kampus Pulau Pinang.

Kitab yang di diskusikan adalah hasil karangan SHEIKH DR. MAHMUD ABUL HUDA BADRU KAMIL AL-HUSAINI bertajuk AQIDAH MUYASSARAH.



Diskusi yang berlangsung selama hampir dua jam setengah itu telah diadakan selepas solat maghrib di surau Al-Falah.

Sambutan yang menggalakkan daripada warga IPG yang sentiasa dahagakan ilmu.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga segala urusan dipermudahkan dan sentiasa bersemangat dalam menyuburkan majlis-majlis ilmu di bumi IPG ini.

Saturday, 16 July 2011

Gotong Royong Perdana Surau Al-Falah....

para muslimat bekerjasama
Pada 16/o7/2011 bersamaan dengan 14 Sya'aban 1432,,Persatuan Agama Islam (PAI) telah menganjurkan gotong royong perdana sempena untuk menyambut kehadiran Ulama' keturunan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Bentani Al-Husaini....Alhamdulillah,,dengan kehadiran ajk2 dan ahli2 PAI banyak membantu membersihkan Surau Al-Falah ini..Smoga ALLAH menilai apa yg telah dilakukan...sebagai bukti cintakan rumah ALLAH serta para ulama'(pewaris nabi)
sempat ag posing..hehe

muslimin dan muslimat saling bekerjasama membersihkan surau
..walaupun kuantitinya kurg memberangsangkan,,,tetapi kualitinya terselah..haha....


bertungkus lumus membersihkan surau



individu penting yg handle gtg ryg nie..hehe



sembur jgn xsembur...=)


tinggi molep....hehe


syukran kepada semua yg terlibat.. smoga usaha kita ni diberkati ALLAH...ameen..=)







Wednesday, 22 June 2011

bULan REjAb, BuLan ALLAH......

maAf Lama xUpdAte….skaNg nie kita sUdAh beRada pADa BuLAn RejAb….iaitu BULAN ALLAH…seBaGAiMana MafHum dAriPAda Sabda Rasullulah S.A.W… Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

OLeH itu,MariLAh Kita baNyaKKan BerDoa KepADa ALLAH..aNtaRa Doa yang DiSarAnKan iALaH






KitA juga DigaLakKan BerSELaWat KepAda JunjuNgan Nabi Muhammad S.A.W…(bukan pada bulan REJAB sahaja Ya,,tiap2 ari,insyaALLAH..=) )





AnTara AmaLan yang DigaLAkkan juga Adalah beriStiGhFar kePaDa ALLAH Taala..70 kali pada pagi dan 70 kali pada petang..InsyaALLAH moga kita Semua dApat IstiQamAh dengan AMalaN yang kIta LakuKan…dAn SmoGA sMua AmAlan Kita dipAndanG n Dinilai diSisi ALLAH…ameen..

P/s: Senyum itu sEdekAH dan Ubat Awet muDa,,,hehe

Sunday, 19 June 2011

Semester baru, azam baru


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Tiga minggu sudah berlalu meninggalkan kita. Apa khabar hati? Apa khabar iman? Semoga semuanya baik-baik aja ya! Dapat berjumpa dengan ahli keluarga yang tersayang sungguh nikmat rasanya . Berat rasanya hati untuk meninggalkan rumah dan kembali ke kampus. Namun, ingatlah sahabat, meninggalkan rumah untuk menuntut ilmu itu satu jihad. dan setiap apa yang dilakukan jika bersandarkan kepada-Nya, kita akan mendapat pahala. InsyaAllah. Namun, dengan penuh iltizam, kita gagahkan jua kaki ini untuk meninggalkan kampung halaman tercinta.


sumber gambar di sini

Namun diakui, cuti sememangnya perkara yang sangat ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Berehat sebentar untuk esaimen, presentation dan lain-lain perkara. Lega rasanya kan. Namun, dalam kita bercuti, saya pasti keimannan kita juga pastinya tercabar. Sangat susah untuk beristiqamah seperti semasa di kampus tambahan pula masakan ibu yang sangat lazat dan siaran tv yang penuh dengan kisah-kisah yang menyeronokkan. Dan pada masa itu, iman kita sedikit-demi sedikit menurun tanpa kita sedari.

Amalan - amalan sunat pula semakin menurun pula grafnya. Nauzubillah. Saya percaya semua orang mengalaminya kerana kita adalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kekhilafan. Alhamdulillah dan tahniah kepada siapa-siapa yang dapat beristiqamah dalam menyempurnakan solat, menunaikan solat jemaah, melakukan solat-solat sunat, menolong ibu bapa di rumah dan sebagainya.


sumber gambar di sini

Esok, sesi semester baru bakal bermula. Yang dahulunya foundation akan naik ke alam degree tentunya banyak lagi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Kepada yang telah berada di alam ijazah, pastinya pelbagai perkara yang perlu difikirkan untuk bersedia ke alam realiti sebgaai seorang bakal guru.InsyaAllah. Justeru, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Tingkatkan prestasi untk semester baru ini. Semoga semester baru ini mendorong kita untuk meningkatkan lagi mutu ibadah kita kepada Allah dan berusaha sedaya-upaya untuk menjadi seorang guru pelatih yang cemerlang di dunia dan akhirat.Jaga diri hiasi peribadi.



Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu..

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)