PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Saturday, 17 April 2010

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH....ingatlah, kita adalah pejuang!

Marhalah Takwin (Peringkat Pembentukan)

Marhalah Takwin atau peringkat pembentukan anggota Islam merupakan tahap kedua selepas peringkat pengenalan (ta’rif). Setelah kerja penyebaran kefahaman Islam berjalan dengan baik, pendakwah perlu memilih daripada kalangan mereka yang menerima dakwahnya untuk dibentuk, dilatih supaya berlaku pengislahan dan peningkatan syakhsiyah individu tersebut sehingga menjadi muslim yang memiliki ciri-ciri Islam sebenar. Mereka diharapkan akan menjadi pendakwah dan pendokong Islam pada masa depan.

Demikianlah sebenarnya apa yang pernah dilakukan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyeru manusia kepada Islam dan kemudian mendidik mereka sehingga lahir sebagai da’i, mujahid dan pejuang Islam yang berperanan menyebar, mengembang dan mempertahankan Islam.





KEPENTINGAN MARHALAH TAKWIN


Tanpa marhalah takwin, orang yang menerima seruan dakwah tidak dapat sampai kepada hakikat Islam sebenarnya kerana Islam bukan sekadar kefahaman dan keinginan, tetapi lebih daripada itu memerlukan penghayatan dan pelaksanaan dalam kehidupan. Islam bukan teori sahaja, tetapi mesti diikuti dengan praktikal. Untuk menjadi manusia yang mampu melaksanakan Islam, maka setiap individu perlu melalui proses pembentukan dan tarbiyah. Ini merupakan sunnahtullah dan sunnah yang ditunjuk oleh Rasullullah SAW.

Antara sebab kejayaan Rasullullah dan sahabat-sahabatnya dalam kerja-kerja dakwah ialah baginda berjaya membentuk kader-kader yang dapat berperanan menerus dan melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah SWT.

Dakwah Ikhwan al-Muslimin adalah antara contoh zaman baru yang melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam bentuk ini. Mereka berjaya menerus dan memperkembangkan dakwah Islam hampir ke seluruh pelusuk dunia dan dakwah itu semakin berkembang.
Dakwah tanpa diikuti dengan pembentukan syaksiyah tidak akan memberi makna kepada Islam. Islam memerlukan para pekerja dan pejuang yang sanggup memikul amanah besar dan mulia yang pernah dilakukan oleh para Rasul. Islam memerlukan muslim yang bersedia menegakkan syariat Allah, mempertahankannya daripada ancaman dan serangan musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang Yahudi juga Kristian tidak akan reda sehingga kamu menurut Agama mereka.” (Al-Baqarah: 120)

Islam tidak akan berkembang jika umatnya hanya menjadi permerhati kepada perjalanan sejarah, bukan pembentuk sejarah. Orang-orang yang tidak dibentuk dengan tarbiyah Islamiyah yang syamilah (sempunra) hanya mampu menjadi penonton dan akan berduyun-duyun menjadi pelarian apabila musuh membuat serangan. Serangan musuh akan datang dalam berbagai-bagai bentuk, samaada ideologi, budaya mahupun serangan senjata. Ini semua memerlukan kepada para mukmin dan mujahid yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegak dan mempertahankan keyakinan mereka terhadap Islam.
Inilah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Dakwah yang menghasilkan kualiti dan membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan dakwah yang menjadi adat atau sekadar upacara pada hari atau musim tertentu yang dilakukan tanpa konsep yang jelas dan dorongan yang betul.


MATLAMAT DAKWAH ISLAM


Dakwah Islam bukan sekadar ingin mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juz-i seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada sunnah Rasulullah, tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah serta memperjuangkannya sebagai ad-din yang syamil dan kamil.



“Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab dan kufur terhadap sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi mereka yang berbuat demikian kecuali kehinaan di dunia dan di akhirat dan akan dicampakkan ke dalam azab yang pedih dan Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”

Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sistem Allah serta dan menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada okjektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Allah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-dakwah dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Insyaallah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredaan Allah SWT


Sunday, 24 January 2010

Edisi Khas OneAIM: Maal Hijrah


SENARAI TEMA MAAL HIJRAH


1423H/2002M- BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM

1424H/2003M- NEGARA MAJU MATLAMAT KITA

1425H/2004M- NEGARA MAJU MATLAMAT KITA

1426H/2005M- ISLAM HADHARI MENJANA KEMAJUAN UMMAH

1427H/2006M- KEUNGGULAN ILMU TERAS KEGEMILANGAN UMMAH

1428H/2007M- INSAN CEMERLANG UMMAH GEMILANG

1429H/2008M- MENJANA UMMAH GEMILANG

1430H/2009M-MENJANA UMMAH GEMILANG

*sejauh manakah tema-tema yang telah dirancang saban tahun ini telah mencapai sasarannya?

1431H/2010M- MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

maka, adakah kita ingin melihat tema maal hijrah kali ini turut lesu tanpa sebarang penghijrahan? Bak kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri...”

............................................................................................

HIJRAH ATAU KALAH

DEFINISI HIJRAH

Ø berasal dari perkataan hajara yang bermaksud menjauhi, meninggalkan dan berpisah

BAHASA: keluar dari satu negeri ke negeri lain atau perpindahan dari satu tempat ke satu tempat

ISTILAH: “perpindahan” Rasulullah s.a.w yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a dari Makkah ke Madinah demi menegakkan iman dan Islam ke tahap yang lebih jelas dan syumul.

Tujuan berjihad adalah untuk berjuang bagi mendapatkan hasil yang lebih besar daripada yang sebelumnya. Jihad dalam konsep ini bukan lagi merujuk kepada perang semata-mata.

WIRA-WIRA HIJRAH

1. Saidina Abu Bakar : Kesetiaan dan kemurahan hati yang menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah s.a.w.

2. Saidina Ali : Keberanian dan amanahnya berselimut di tempat tidur Rasulullah s.a.w dan memulangkan kembali harta orang lain kepada Rasulullah s.aw.

3. Asma’ binti Abu Bakar : Kecekapan menyediakan dan menghantar makanan

4. Ummu Maabad : Sifat murah hati yang rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a.

5. Suraqah : Kesal dan akurnya yang mengejar Rasulullah s.a.w demi ganjaran tetapi akhirnya pulang dengan tawaddu’ dan yakin dengan kemenangan Islam.

MUKJIZAT HIJRAH (SYARIATULLAH)

1. Rasulullah s.a.w membacakan surah Yassin ayat 9 semasa keluar dari rumah, hinggakan mereka yang mengepung terhalang pandangan mata mereka. Bukan itu sahaja, baginda sempat menabur debu di atas kepala mereka.

2. Merpati dan labah-labah membina sarang di pintu gua Thur hinggakan Quraisy menyangka tiada sesiapa yang memasuki gua itu memandangkan sarang labah-labah tidak terkoyak dan telur merpati tidak pecah.

3. Rasulullah dapat menyembuhkan bias kesan dipatuk ular pada kaki Abu Bakar.

4. Kuda Suraqah bin Malik tidak dapat mengejar Rasulullah s.a.w kerana beberapa kali terjatuh dan kakinya tertimbus ke dalam pasir.

5. Rasulullah s.a.w juga menjanjikan kepada Suraqah gelang kebesaran pemimpin Parsi. Gelang itu diserahkan kepada Suraqah setelah Parsi jatuh ke tangan orang Islam, yakni pada zaman Khalifah Umar al- Khattab

6. Kambing Ummu Maabad yang sudah kering susu, setelah diperah sendiri oleh Rasulullah s.a.w, hingga mengenyangkan Rasulullah, Abu Bakar dan Ummu Maabad sekeluarga.

CONTOHI SUHAIB AL - RUMI

Hijrah tidak boleh dikaitkan dengan berpindah daripada suasana miskin kepada kaya semata.

Suhaib Al-Rumi iaitu salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah bertukar daripada kaya kepada miskin. Ibn Hisyam meriwayatkan bahawa ketika Suhaib r.a berusaha hijrah, kafir Quraisy berkata kepadanya: “Ketika dulu kamu datang ke mari, kamu sangat miskin dan tidak dipandang sebelah mata. Kini kamu kaya – raya. Kami tidak akan relakan kamu membawa kekayaanmu.Suhaib r.a menjawab: “Jika aku memberi semua kekayaanku kepada kalian, adakah kalian akan relakan aku pergi?” Kafir Quraisy menyetujuinya. Suhaib r.a menyerahkan semua hartanya dan berhijrahlah ke Madinah. Mengetahui hal ini Rasulullah s.a.w berkata, “Suhaib telah melakukan pertukaran yang menguntungkan dirinya.

KONKLUSI

Islam kini menagih hijrah justeru nasibnya sama seperti peringkat awal kedatangannya. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing dan dilihat pelik), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah rang yang asing.” (Riwayat Muslim, no 145)

Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Ingatlah bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah.

.........................................................................................................

5 tunjang hijrah generasi-Y

KEDATANGAN tahun baru 1431 Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa penting dan bersejarah dalam kalendar Islam. Peristiwa itu bukan saja kerana bermulanya perkiraan takwim hijrah, malah merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsep tersendiri. Penghijrahan seumpama Rasulullah dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda. Namun, konsep penghijrahan tetap berterusan khususnya dalam kalangan generasi muda yang merupakan pewaris negara. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi hijrah yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

1-hijrah ilmu-

‘Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya’. Rangkai kata indah ini mempunyai pengertian yang mendalam. Bahaya kejahilan tidak perlu diungkap dengan kata-kata lagi. Semua mengakui dan terbukti betapa kejahilan membawa pelbagai natijah buruk kepada manusia.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berpengetahuan dengan orang yang tidak berpengetahuan.” (Surah az-Zumar: 9)

Sesungguhnya, ilmu itulah benteng daripada terjerumusnya kita ke kancah maksiat yg bias mengundang kemurkaannya.

2-hijrah iman -

“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. “(Surah Al-Anfaal: 2)

Berdasarkan kalamullah ini, mari kita renungkan keadaan diri. Ketika dilaungkan azan di manakah kita? ketika azan dikumandangkan, bergegaskah kita mengadap Nya? Apabila syiar Islam itu bergema, gementarkah hati kita, khauf (takut) kepadanya?

3- Hijrah amal –

Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Sebaik-baik amal adalah yang berkekalan biarpun sedikit.”

Namun jangan disalah erti kerana sabda Baginda itu bukan meminta mengurangkan amal. Ini membawa pengertian perbandingan yakni amalan sedikit yang istiqamah itu, lebih baik berbanding dengan amalan yang banyak tidak istiqamah (konsisten). Tentu maksudnya lebih baik jika amalan itu banyak berserta istiqamah.

4- Hijrah nafsu

Nafsu tidak boleh dibuang daripada diri manusia. Manusia membiak, tamadun berkembang dan bumi semarak kerana manusia memiliki nafsu. Hanya yang ditegah adalah menuruti nafsu secara membuta tuli yang membawa keburukan kepada manusia.Oleh itu, umat perlu berhijrah daripada nafsu amarah kepada lawwamah. Seterusnya, mulhimah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah.

5-Hijrah akhlak - Umat Islam perlu berusaha berhijrah daripada tabiat buruk kepada berakhlak mulia seperti dimiliki Rasulullah. Sejak remaja, Baginda bergelar al-Amin, ertinya orang yang sangat dipercayai. Rasulullah juga mengakui dalam sabdanya bermaksud:

“Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Manakala, Siti Aishah menyebut peribadi Rasulullah sebagai akhlak al-Quran. Begitu juga dengan sahabat Baginda yang sangat berakhlak, bersopan, bertertib, berbudi pekerti luhur, berdisiplin dan bertatasusila dalam segala hal. Moga dengan kita berhijrah dari segi kelakuan ini, kita dapat menjadi asbab kepada rakan-rakan Muslim dan Non-Muslim untuk mendapat hidayah oleh Allah SWT secara tidak langsung.

Untuk mengetahui masa depan Islam di Malaysia, maka lihatlah pada golongan muda Islam pada hari ini. Jika kita benar-benar menginginkan perubahan, maka kliklah pada butang hijrah dan ayuh laksanakan!!!



Artikel disediakan oleh Lujnah Ibadah dan Surau Persatuan Agama Islam

OneAIM kini berwajah baru


Dapatkan Edisi Terbaru OneAIM
SEGERA!!

Keluaran pada 15 dan 30hb setiap bulan.
*sekiranya tiada perubahan

Friday, 6 November 2009

Misteri Harut dan Marut

Allah swt berfirman :

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Ertinya : “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil Yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya Kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa Barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, Tiadalah baginya Keuntungan di akhirat, dan Amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (QS. Al Baqoroh : 102)

Syeikh Athiyah Saqar menyebutkan bahawa di beberapa buku tafsir disebutkan kedua malaikat itu telah diturunkan ke bumi sebagai fitnah sehingga Allah swt mengazab mereka berdua dengan menggantung kedua kaki mereka, perkataan para mufassir ini bukanlah hujjah (dalil) dalam hal ini, hal itu berasal dari warisan masyarakat Babilonia dan penjelasan orang-orang Yahudi serta kitab-kitab Nasrani.

Dan perkataan mereka yang paling dekat tentang kedua malaikat tersebut adalah bahawa masyarakat saat itu mendapatkan fitnah dengan para tukang sihir sehingga mereka mengangkat para tukang sihir itu sampai ke darjat para nabi. Kemudian Allah swt menurunkan dua malaikat untuk mengajarkan kepada manusia sihir agar mereka boleh membezakan antara sihir dengan kenabian serta memperingatkan mereka tentang fitnah terhadapnya. Atau—ada juga yang mengatakan—bahwa mereka berdua adalah dua orang yang memiliki ilmu dan akhlak mulia sehingga menjadi fitnah di masyarakat dan mereka memberikan kepada kedua orang itu nama dua malaikat. Hal ini dari aspek penyerupaan dan gaya bahasa yang sudah difahami sejak dahulu sebagaimana saat ini nama Malaak digunakan untuk seorang yang istimewa.

Didalam cerita-cerita kuno masayarakat Babilonia terdapat dua orang yang memiliki nama mirip iaitu Harut dan Marut. Masyarakat saat itu begitu kagum dengan mereka berdua sehingga memberikan kepada keduanya nama dua malaikat. Bahkan kekaguman mereka terhadap keduanya pun bertambah sehingga meyakini bahwa mereka berdua adalah Tuhan.

Kemudian orang-orang Yahudi mempelajari peninggalan dari kedua orang itu berupa hikmah dan sihir yang menjadikan mereka lebih disibukkan olehnya daripada Kitab Allah dan mereka pun membuang Kitab Allah itu dibelakang punggung mereka.

Tidak diperbolehkan bagi kita untuk merujuk kepada cerita-cerita yang dikatakan mereka itu tentang malaikat yang bertentangan dengan kemaksuman mereka. Para malaikat tidaklah maksiat kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pun melakukan apa-apa yang diperintahkan-Nya, firman Allah swt :

Ertinya : “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu), adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya.” (QS. Al Anbiya : 26 – 27)


Ertinya : “Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.” (QS. Al Anbiya : 19 – 20) – (Fatawa Al Azhar juz VII hal 436)

Firman Allah swt :

Ertinya : ”dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil Yaitu Harut dan Marut”
Sayyid Qutb mengatakan bahwa terdapat kisah tentang keduanya yang sudah diketahui dimana orang-orang Yahudi atau para syaitan telah menganggap bahwa mereka berdua (Harut dan Marut) mengetahui tentang sihir dan mengajarkannya kepada manusia dan kedua malaikat itu menganggap bahwa sihir itu diturunkan kepada mereka berdua! Kemudian Al Qur’an membantah kebohongan ini, kebohongan yang menyatakan bahwa sihir diturunkan kepada kedua malaikat itu.. Selanjutnya Allah swt menjelaskan hal yang sebenarnya, bahwa kedua malaikat itu hanyalah fitnah dan menjadi cobaan bagi manusia untuk sebuah hikmah yang ghaib. Kedua malaikat itu mengatakan kepada setiap orang yang mendatangi dan meminta mereka berdua untuk mengajarinya sihir,


Ertinya : “Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir".

Sekali lagi kita dapati Al Qur’an yang menyatakan bahwa mempelajari dan menggunakan sihir adalah suatu kekufuran. Hal ini disebutkan melalui lisan dua malaikat, iaitu Harut dan Marut.

Dan ada sebahagian manusia yang memaksa untuk belajar sihir dari kedua malaikat itu walaupun telah diingatkan dan diberitahu. Maka pada saat itu terjadilah fitnah pada sebahagian orang-orang yang yang terkena fitnah :


Ertinya : “Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya”

Inilah suatu keburukan yang telah diingatkan oleh kedua malaikat itu.... Di sini Al Qur’an menyatakan sebuah kalimat wawasan islam yang mendasar iaitu tidaklah segala sesuatu terjadi di alam ini kecuali dengan izin Allah swt.

Artinya : “dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah”

Dengan izin Allah maka terjadilah sebab-sebab suatu perbuatan, memunculkan bekas-bekasnya dan terealisasi hasil-hasilnya.. Inilah kaedah suatu kalimat yang harus nampak jelas didalam hati seorang mukmin. Permisalahn yang paling dekat adalah apabila anda mengulurkan tangan anda ke api maka ia akan terbakar namun tidaklah terjadi kebakaran itu kecuali dengan izin Allah swt.

Allah lah yang menjadikan api itu membakar dan menjadikan tangan anda terbakar olehnya. Dia juga Maha Kuasa menghentikan kekhususan itu untuk tidak mengizinkan kekhususan itu terjadi, seperti apa yang terjadi terhadap Ibrahim as. Demikian pula sihir yang memisahkan antara seseorang dengan isterinya, dan terjadinya akibat itu dengan izin Allah swt dan Dia swt juga Maha Kuasa untuk menghentikan kekhususan ini untuk tidak terjadi.....

Kemudian Al Qur’an menyatakan hal sebenarnya yang mereka pelajari dan apa yang memisahkan antara mereka dari isterinya... sesungguhnya itu adalah kejahatan yang menimpa diri mereka sendiri dan bukanlah kebaikan :

Ertinya : “dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.”

Dan cukuplah kejahatan ini adalah kekufuran yang menjadi mudharat sesungguhnya yang tidak ada manfaat didalamnya.


Ertinya : “Demi, Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat”

Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa apa yang mereka beli (sihir itu) tidaklah ada bagian baginya di akhirat, iaitu ketika mereka memilih untuk membelinya maka hilanglah seluruh persediaan miliknya di akhirat dan juga setiap bagiannya...

Maka sungguh buruklah apa yang diri mereka beli seandainya mereka mengetahui kenyataan dari transaksi tersebut :

Ertinya :”dan Amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” --(Fi Zhilalil Qur’an juz I hal 95 – 96)

Tentang pengajaran sihir yang diberikan Harut dan Marut ini, telah diriwayatkan dari Ali ra yang mengatakan bahwa kedua malaikat itu mengajarkan kepada manusia tentang peringatan terhadap sihir bukan mengajarkan untuk mengajak mereka melakukan sihir. Az Zajjaj mengatakan bahwa perkataan itu adalah juga pendapat kebanyakan ahli bahasa. Ertinya bahwa pengajaran kedua malaikat itu kepada manusia adalah berupa larangan, keduanya mengatakan kepada mereka,”Janganlah kalian melakukan ini (sihir) dan janganlah kalian diperdaya dengannya sehingga kalian memisahkan seorang suami dari isterinya dan apa yang diturunkan kepada mereka berdua adalah berupa larangan.” (al Jami li Ahkamil Qur’an juz II hal 472)

Wallahu Alam

diolah dari blog http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/harut-dan-marut.htm
oleh Ustaz Sigit Pranowo

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)