PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Monday, 17 August 2009

Ceramah Makanan Halal

HALAL ATAU HARAM?

Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran kita, tak kira apa jua yang kita lakukan, kita tak terlepas daripada perkara tersebut. Hari ini, hidup kita dilimpahi nikmat Allah melalui kemudahan yang pelbagai..cth paling senang,kalau dulu, nak minum air kena masak dulu, sekarang beli je air mineral sebotol. Alhamdulillah..Namun, disamping rasa syukur yang kita panjatkan, kita perlu mengambil kira akan kesucian sesuatu benda sebelum kita menggunakannya.

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah : 169)

Inilah persoalan utama yang disampaikan melalui ceramah tersebut. Ceramah tersebut merupakan kerjasama antara Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), HPA dan PAI IPGM Kampus Pulau Pinang sendiri.
Ceramah tersebut mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan sesuatu barangan. Sebagai umat Islam yang peka, kita harus memilih dan meneliti kandungan bagi setiap barangan yang kita ingin guna. Soal halal dan haram tidak dipandang remeh oleh kita, namun soalnya di sini, apa yang betul2 halal untuk kita guna dengan yakin dan selamatnya???



HALALKAH MAKANAN KITA?

Dalam surah Al-Maidah ayat 4 dinyatakan bahawa makanan yang halal adalah makanan yang baik.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"


Dalil di atas memberi panduan kepada kita untuk kita menentukan daging yang halal untuk kita makan. Jika dilihat pada hari ini, daging ayam yang telah siap diproses seperti di pasaraya besar memang mempunyai logo halal, namun, HALALKAH ia? Bayangkan, beribu-ribu ekor ayam disembelih dikilang..Sempat ke seseorang tu nak sebut Bismillahirahmanirahim..sedangkan ayam2 tu bejalan laju..Mungkin ada yang tk putus urat..Seterusnya, lepas je kene sembelih, belum sempat mati(ayam tgh kelupur), dah kena celup dalam air panas..Kemudian diangkat dan dicampak ke dalam mesin utk buang bulu..

CIRI-CIRI MAKANAN HALAL DARI SEGI ISLAM

a) Tidak mengandungi atau terdiri daripada bahagian atau binatang yang haram dimakan oleh orang Islam, atau yang tidak di sembelih mengikut hukum Syarak
b) Tidak mengandungi atau bersentuhan sesuatu yang dihukum najis mengikut hukum syarak.
c) Selamat untuk dimakan

Contoh:
Semua benda adalah halal kecuali yang telah diharamkan oleh Allah seperti bangkai, darah yang mengalir, daging khinzir dan arak.

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maidah : 3)

Kami yakin anda amat jelas dengan makanan yang halal dan haram jika menurut dalil di atas, namun, secara tak sedar, kita sering makan roti telur di kedai2 mamak. Bayangkan, tgn mamak yg berminyak mencanai roti, kemudian di ambil sebiji telur yg kita tak tahu basuh atau tidak. Kalo tak basuh, mesti ada terkena tahi ayam (najis),dah tekena tgn yg beminyak tu jugak. pastu di pecahkan dan dituang atas soti. dilipat2 roti tu kemudian di goreng. lepas goreng, ditepuk2 dgn tgn yg sama..kalo macam ni keadaannya, sah2 tak ikut syarat sebab ciri makanan halal ialah tidak bersentuhan dgn najis..

KESAN PENGAMBILAN MAKANAN HARAM

1) kurang mendapat petunjuk Allah
2) terhijab dari mengenali Allah
3) hati rosak dan keras
4) doa tidak dimakbulkan Allah
5) terhalang dari mendapat ilmu'
6) fikiran resah dan tak tenteram

KRITERIA PERSIJILAN HALAL

Untuk dapatkan sijil halal, mesti ada ciri-ciri berikut:
a) Halal
• Seperti yang ditetapkan oleh hukum Islam
• Tiada mengandungi atau sentuhan dengan bahan daripada khinzir, anjing dan lain-lain yang haram menurut Islam
• Disembelih mengikut hukum Islam
• Tiada penggunaan alkohol
b) Suci
• Memenuhi kriteria suci dari najis dalam Islam
• Bersih atau tiada pencemaran
• Selaras dengan panduan kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan seperti HACCP, GHP, GMP, Panduan Pengendalian Makanan Bagi Restoren & Hotel dan Kod Amali Penjaja Makanan dan peraturan-peraturan kebersihan lain yang ditetapkan oleh agensi kerajaan lain seperti PBT.
c) Selamat
• Tiada kandungan yang membahayakan
• Selaras dengan Akta Makanan 1983 dan lain-lain.
d) Selaras Dengan Undang-Undang lain
• Perniagaan yang mempunyai lesen sah
• Contoh lesen dari PBT, BDKU, Jabatan Pertanian, KPDNHEP dan lain-lain
• Premis yang sah


*sumber rujukan dari http://www.jais.sarawak.gov.my/

Jom kita tgk video ni..

Pork + Soda = Worms??

Saturday, 15 August 2009

Promosi Khas Sempena Ramadhan Al-Mubarak


Sempena bulan Ramadhan tahun ini Lujnah Dana Persatuan Agama Islam akan mengadakan jualan T-shirt labuh muslimah.Sesiapa yang berminat anda boleh mendapatkannya dari AJK PAI dengan harga RM35 sehelai.PROMOSI HEBAT sempena bulan Ramadhan beli 2 helai dengan harga RM60 sahaja.Stok adalah terhad.

Wednesday, 13 May 2009

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Lujnah Rekreasi & Perhubungan Luar Persatuan Agama Islam (PAI) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang telah dapat melaksanakan aktiviti riadah bagi bulan April. Aktiviti ini telah dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori ikhwah dan akhawat. Aktiviti ini diwajibkan kepada setiap ahli PAI. Butir-butir riadah ini adalah seperti berikut:

Tema : 1 Tujuan, 1 Pasukan, Cemerlang Selamanya
Tarikh : 22 April 2009 (Rabu)
Masa : 5.00 – 6.45 petang
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang dan Gelanggang Bola Tampar
Institut
Jenis permainan : Futsal (Ikhwah)
Bola Tampar (Akhawat)

Aktiviti riadah ini dijalankan bagi memenuhi objektif-objektif berikut:
Menyemai hadis Rasulullah dalam diri setiap ahli PAI iaitu “Orang Mukmin yang Kuat Lebih Baik dan Dicintai oleh Allah daripada Orang Mukmin Yang Lemah”
Mengeratkan silaturrahim – medium untuk ahli mengenali antara satu sama lain
Melahirkan ahli PAI yang cergas dan cerdas
Mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PAI
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam pergaulan, pemakaian dan lain-lain.
FUTSAL (IKHWAH)
MASA
PERKARA
5.00 ptg
1. Tazkirah
- Aktiviti dimulakan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh Akhi Rozaimi tentang 4 waktu, 4 macam manusia dan 6 ciri kebodohan.
- Tujuan tazkirah ringkas ini adalah untuk member peringatan kepada ahli PAI disamping bermain dan bersukan.
5.15 ptg
2. PEMBAHAGIAN PASUKAN
- Setelah selesai tazkirah, Akhi Luqman mengambil alih untuk pembahagian pasukan.
- Seramai 8 orang peserta terlibat dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan A dan B.
- Konsep permainan adalah sama seperti bermain futsal tetapi setiap pasukan dikehendaki menjaringkan gol dengan menendang bola mengenai kerusi yang berfungsi menggantikan tiang gol
5.20 ptg
3. PERLAWANAN FUTSAL
- Permainan dimulakan (masa pertama) dan kumpulan A (Luqman, Hanif, Zhaf & Rafi) telah Berjaya menjaringkan 3 gol manakala kumpulan B (Amin, Asyraf dll) hanya mampu menjaringkan gol sulung mereka pada minit ke-7.
- Pada masa kedua, ahli pasukan bagi tiap-tiap pasukan telah bertambah kerana kehadiran peserta-peserta yang baru sampai.
- Kesudahannya, kumpulan A menjaringkan 7 gol manakala kumpulan B dengan 3 gol
6.30 ptg
4. REFLEKSI
- Akhi Rozaimi mengendalikan sesi refleksi tentang perlawanan yang telah dijalankan
6.45 ptg
5. BERSURAI


-ikhwah riadhah-

BOLA TAMPAR (AKHAWAT)
MASA
PERKARA
5.00 ptg
1. TAZKIRAH
- Ukhti Izma telah berkongsi satu tazkirah bertajuk “Sukan dalam perspektif Islam”
- Tazkirah ini adalah bertujuan untuk memperingatkan ahli PAI tentang kepentingan dan galakan bersukan dalam Islam.
5.15 ptg
2. PEMBAHAGIAN PASUKAN
- Ukhti Aisah telah mengendalikan sesi pembahagian pasukan. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, Kumpulan Siti Khadijah dan Siti Aisyah
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 peserta
5.30 ptg
3. PERLAWANAN BOLA TAMPAR
- Ukhti Aisah mengendalikan sesi regangan
- Pengadil perlawanan pada separuh masa pertama ialah Ukhti Athirah dan separuh masa kedua ialah Ukhti Adilah
- Perlawanan telah dimenangi oleh Kumpulan Siti Khadijah (Anis, Bahijah, Ummi Nadiah, Atiqah, Nadiah dll)
6.20 ptg
4. REFLEKSI
- Ukhti Nadiah telah mengendalikan sesi refleksi
- Antara cadangan yang diperolehi ialah untuk bermain permainan lain seperti bola jarrng dan bola baling pada asa akan datang
- Para ahli PAI juga diingatkan agar menepati masa sekiranya aktiviti sebegini dijalankan pada masa hadapan
6.45 ptg
5. BERSURAI


-akowat riadah-


PENGHARGAAN

Lujnah Rekreasi & Perhubungan Luar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga buat semua ahli PAI yang telah sama-sama memeriahkan perlawanan futsal dan bola tampar ini. Diharapkan pada aktiviti akan datang, sambutan sebegini atau yang lebih baik lagi dapat kami terima. Sekiranya terdapat sebarang cadangan untuk aktiviti-aktiviti pada masa akan datang, sila kemukakan kepada ahli-ahli lujnah kami.

LAPORAN RIADAH BULAN APRIL

Monday, 11 May 2009

LAPORAN SEMINAR PEMANTAPAN ROHANI 2009

LAPORAN SEMINAR PEMANTAPAN ROHANI 2009

Pada 18 April 2009 yang lalu, Persatuan Agama Islam telah menganjurkan Seminar Pemantapan Rohani 2009 bertempat di surau Al-Falah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 48 orang ahli PAI hadir untuk menjayakan seminar ini.

Objektif seminar ini adalah adalah untuk menimba pengetahuan khususnya berunsurkan rohani, melahirkan generasi guru yang seimbang bukan sahaja dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual malah rohani. Selain itu, melalui program seperti ini, semangat kerjasama antara ahli Persatuan Agama Islam dapat dipupuk dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.

Pendaftaran peserta dikendalikan oleh saudara Zulzafran bagi peserta lelaki manakan saudari Noor Adilah bagi peserta perempuan. Sebelum mendaftar, para peserta dikehendaki untuk menghafal potongan ayat Al-Quran iaitu daripada surah At-Taubah, ayat 71. Selain untuk mengisi senggang waktu sebelum program bermula, hafalan ini sekurang-kurangnya memberi peringatan mengenai tafsiran ayat tersebut.

Slot pertama pada hari tersebut bertajuk “Islahlah Diri Kamu, Serulah Orang Lain”. Penceramah yang dijemput untuk memberikan ceramah ialah Dr Rizal. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya untuk memperbaiki diri dalam dakwah agar dicontohi oleh orang lain. Selain itu, beliau menerengkan tentang tabiat marhalah dan memberi tips-tips berguna untuk menjadi seorang individu muslim yang berjaya tidak kira di dunia mahupun akhirat.

Slot pertama berakhir pada jam 10.30 pagi dan disambung pada jam 11.20 pagi selepas kudapan dan solat sunat dhuha. Slot kedua bertajuk “ Islam dan Haraki”. Perceramah bagi slot kedua ialah Ustaz Rozi. Dalam ceramah ini, peserta mengulangkaji mengenai makna iman dan beliau menekankan peranan seseorang pendakwah dalam sesebuah gerakan. Sesi soal jawab diadakan sebelum slot tersebut berakhir.

Peserta diberi rehat selama satu jam bermula dari jam 1.00 petang hingga 2.00 petang untuk makan tengah hari, solat zohor dan hikmah permata. Pada jam 2.15 petang, LDK 1 dimulakan dan dikendalikan oleh saudara Zulzafran. Dalam aktiviti ini, peserta diuji dari segi kecerdasan mental dan fizikal untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Setelah tamat aktiviti pertama, LDK 1 diteruskan dan dikendalikan oleh amirah Persatuan Agama Islam iaitu saudari Nurizma Harliana. Dalam LDK 2, peserta dikehendaki membincangkan tentang 10 muwasafat tarbiyah dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan di hadapan peserta lain. Selepas LDK 2 tamat, sesi refleksi diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan seperti masalah dalam persatuan, kritikan, cadangan dan pandangan untuk memperbaiki persatuan ini sendiri.

Refleksi diadakan selama 20 minit dan para peserta solat Asar secara berjemaah dan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab, mereka disaji dengan minuman petang dan bersurai pada jam 5.00 petang.

KLIK-KLIK!!

-Memberi sedikit saguhati kepada penceramah-

-senyum sokmo-

-tumpuan penuh-


-khusyuk-

-makan beramai - ramai-


-silaturrahim yang terjalin-





MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)