PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Wednesday, 21 March 2012

Baina Thoriqaini: Jalan ke Syurga atau Neraka?

Muqaddimah

Alhamdulillah-lafaz syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang untuk berkongsi berkenaan satu ilmu berkenaan salah satu cabang rukun dalam agama Islam. Seperti yang kita tahu, dalam agama Islam mempunyai tiga rukun agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Secara ringkasnya, merujuk kepada

Saturday, 17 March 2012

[TINTA PRESIDEN] Isu Dirang: Selamatkah Malaysia?

Assalamualaikum w.b.t Saya memohon pada Mu ya Allah agar meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan meletakkan rasa istiqamah dalam diri dan para pembaca semua untuk terus menulis perkara-perkara kebaikan.amin.


Beberapa hari lalu kita digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak yang bernama Nurul Nadhirah atau dikenali dalam kalangan keluarganya sebagai Dirang. Adik yang baru berumur 5 tahn dilaporkan hilang ketika pergi ke kedai runcit berdekatan rumahnya untuk membeli mee segera. Beberapa hari selepas itu, satu mayat dijumpai rentung dan disahkan mayat Dang setelah ujian DNA menunjukkan sama dengan ibunya. Dirang juga dilaporkan dicekik sehingga mati sebelum dibunuh.


Apa yang dapat saya katakan di sini ialah sifat peri kemanusiaan semakin terhakis. Walaupun diuar-uarkan Malaysia sebagai negara paling aman di Asia Tenggara tetapi status itu semakin menjadi tanda tanya. Kita lihat sebelum ini juga turut dihebahkan penculikan dan pembunuhan kanak-kanak. Kini, adik Dirang pula menjadi mangsa. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan pembunuh adik Dirang ini sebagai binatang malah lebih teruk daripada itu. Ini tidak pernah terfikir dalam benak manusia yang normal. Sukar membayangkan sekujur tubuh lemah ini ketika diperlakukan dengan kejam.


Saya mewakili Persatuan Agama Islam (PAI) amat bersimpati dengan pembunuhan kejam ini. Saya mendoakan agar pembunuh adik Dirang ini mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya. Semoga seluruh ahli keluarga adik Dirang redha dan sabar dengan ujian ini. Teruskan berdoa supaya pembunuh kejam ini mendapat balasan yang setimpal dan tidak akan dapat hidup dengan aman dan sejahtera. PAI merakamkan perasaan sedih dan dukacita yang teramat sangat di atas berita pembunuhan ini. Ucapan takziah ditujukan kepada ibu dan seluruh ahli keluarga Allahyarham. Sesungguhnya, nama Dirang akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.


MUHAMMAD ABDILLAH B MD ALI
PRESIDEN
PERSATUAN AGAMA ISLAM IPG KAMPUS PULAU PINANG


Published with Blogger-droid v2.0.4

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)