Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam mnympaikan dakwah dan risalah nabi sememangnya melibatkan menegakkan kebenaran dan menjatuhkn kebatilan dan proses ini juga mlibatkan dua pihak, orang menegur dan ditegur.
Saya ingin tegaskan menjadi salah satu tanggungjawab pada seorang pendakwah untuk lengkapkan diri dgn sifat dakwah yang ada pada nabi. Begitu juga dengan pendengar atau orang yang diseru. Mereka seharusnya beradab dan merendahkan diri utk terima teguran tersebut. Elakkan bersikap sombong untuk terima kebenaran yg telah nyata di depan mata.
Amat menyedihkan, wujud golongan yang sewenang-wenangnya mengugut seorang Exco dalam Persatuan Agama Islam dengan menggunakan sms. Ia jelas tidak profesional dan perbuatan ini sememangnya telah tersasar dari sunnah nabi yang mulia. Bukanlah cara nabi kita, untuk menyatakan sesuatu dengan cara mengugut. Masalah tidak akan selesai malah menimbulkan suasana tidak harmoni.
Rendahkan ego dan elakkan sombong dalam menerima kebenaran. Begitu juga kepada para dai'e, ikutilah sunnah nabi. Pendek kata, pendakwah dan orang yg didakwah ikutlah cara nabi.
Kesimpulannya, pihak Persatuan Agama Islam berasa sangat kesal atas tindakan menghantar sms berbaur ugutan ini kerana ia akan mewujudkan suasana tidak tenteram. Pihak PAI tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika perlu. Sekian
Wallahua'lam
MUHAMMAD ABDILLAH B MD ALI
PRESIDEN PERSATUAN AGAMA ISLAM
IPG KAMPUS PULAU PINANG