PERSATUAN AGAMA ISLAM KAMPUS PULAU PINANG - ‘MANTAPKAN TARBIAH, KUALITIKAN DAKWAH

VISI : Menjadi satu wadah yang membentuk murobbi yang soleh solehah sekaligus dapat fikrah islamiyah, menyumbang kepada pembangunan islam serta mencapai kejayaan dunia akhirat. MISI : Sebagai medan tarbiah yang memiliki wadah perjuangan terulung bagi memastikan para murobbi berbakti kepada agama dan negara menerusi pelbagai wasilah berlandaskan al-Quran dan As Sunnah.

Kelas Tahsin Al-Quran

> Kelas Tahsin Al-Quran Siri 2/2013 > Bermula 03/03/13 > Bertempat di Surau Al-Falah >Sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik kamu ialah seorang yang BELAJAR Al-Quran dan MENGAJARnya." [Terbuka kepada kaum MUSLIMIN sahaja].

KUMPULAN QASIDAH AL-FAIDH

Al Faidh - Penyebar Cinta BuatMU Ya Rasulullah. Doakan al-faidh sentiasa istiqamah menyebarkan cinta kepada kekasih kita Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

Monday 20 September 2010

Bakar Al-Quran : Propaganda Illuminati Terhadap Islam

Bakar Al-Quran : Propaganda Illuminati Terhadap Islam

Dalam keadaan yang sangat terdesak tetapi sangat terahsia perancangannya, Illuminati sekali lagi cuba menjalankan program teater desperado bagi merealisasikan matlamat ‘lain’.

Situasi isu Hari Membakar Al-Quran tidak lebih kepada suatu usaha terancang untuk mempromosikan bakat kepimpinan seorang pemimpin Islam tajaan Illuminati. Dalam erti kata lain, suasana tegang ini dicetuskan untuk memberi populariti kepada seorang hero palsu umat Islam.

Hero palsu ini sudah tentulah akan dinobatkan sebagai pembawa harapan-harapan pemimpin negara Islam lain untuk diketengahkan di tengah-tengah meja rundingan pemimpin dunia. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga berharap negara-negara barat yang degil dapat mendengar kata hero palsu ini.

Individu yang dijangka menjadi sandaran besar Illuminati bagi menjalankan dasar-dasar New World Order akan datang ialah Imam Feisal bagi Masjid Ground Zero.

Lakonan ini dilihat terlalu mudah kerana umum mengetahui bahawa cadangan pembinaan Masjid Ground Zero sudah pasti akan mengundang kemarahan rakyat Amerika yang racist.

Bukti 1 : Promosi media anti-Islam terhadap Imam Feisal

Larry King yang terkenal sebagai rancangan anti-Arab dengan tiba-tiba menjemput Imam Feisal Abdul Rauf pada 8 September 2010 lepas bagi bersoal-jawab tentang pembinaan Masjid Ground Zero.

Selain itu, Imam Feisal adalah satu-satunya Imam yang mendapat publisiti meluas dari media-media massa Yahudi di Amerika seperti CNN, New York Times, Frontline dan lain-lain lagi.

Akhbar pro-zionis milik Yahudi, Washington Post juga melakukan sesuatu yang pelik iaitu memuji-muji Imam Feisal sebagai seorang pemimpin yang sangat toleran dan mementingkan perpaduan kaum. Ini berbeza dengan nada Washington Post sebelum ini yang selalu menyebarkan ideologi anti-Arab.

Pada 12 September 2010, Imam Feisal juga akan dijemput oleh ABC News bersama-sama dengan Austan Goolsbee, Pengerusi bagi White House Council of Economic Advisers.

Sebelum itu, pada 23 Ogos 2010, Imam Feisal pernah mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan kerajaan Amerika yang menceroboh negara-negara Islam Timur Tengah. Agak mencurigakan, kenyataan pedas ini dipromosikan media barat dengan luas malah tiada kecaman langsung dari mana-mana anggota ADL atau ahli-ahli kabinet Obama.

Ia tidak sama seperti Prof Ismail Faruqi yang tidak pernah mengecam melalui akhbar tetapi dibunuh bersama isterinya hanya kerana mengeluarkan idea ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.

Bukti 2 : Pembinaan masjid diluluskan tetapi dibiarkan menghadapi isu kemarahan rakyat

Seperkara yang membuktikan ia lakonan, Terry Jones sebagai revolusionist tidak pula mengutarakan bantahan ketika Islamic Centre of New York mengemukakan cadangan awal kepada majlis bandaraya New York dalam usaha membina masjid di Ground Zero.

Manakala Imam Feisal tiada langsung kelihatan berusaha untuk berjumpa Terry Jones sebaliknya peranan tersebut diambil sepenuhnya oleh Imam Muhammad Musri, Presiden Islamic Society of Central Florida.

Di dalam isu ini, Imam Feisal harus dipersalahkan 100 peratus kerana beliau sendiri mengetahui bahawa dengan cadangan membina masjid di kawasan Ground Zero, ia sudah pasti mengundang prasangka negatif masyarakat barat terhadap Islam.

Imam Feisal juga sudah sedia maklum bahawa masjid merupakan simbol tempat ibadat bagi umat Islam, jadi cadangan pembinaan tersebut akan membuatkan para racist barat lebih benci kepada umat Islam. Cadangan itu seolah-olah merendah-rendahkan reputasi agama Islam di mata barat.

Selain itu, Imam Feisal tidak mengendahkan tawaran Donald Trump, billionaire New York yang menawarkan untuk menanggung semua kos pembinaan masjid jika ia dipindahkan ke bahagian lain di New York. Trump cuba bersikap berkecuali dan percaya tawarannya itu boleh meredakan ketegangan kedua-dua belah pihak.

Namun, ia tetap tidak diendahkan oleh Imam Feisal.

Bukti 3 : Imam Feisal Abdul Rauf adalah sekutu Yahudi Elit

Kami bukanlah bertujuan memburuk-burukkan sesama umat Islam tetapi dewasa ini propaganda zionis dan sekutu-kutunya tidak lagi dipelopori oleh yahudi sahaja bahkan segelintir umat Islam turut bersekongkol dengan puak ini.

Terdapat seperkara yang mencurigakan tentang Imam Feisal Abdul Rauf. Pertama sekali cadangan untuk pembinaan masjid di Ground Zero adalah hasil idea beliau sendiri bukannya melalui suatu mesyuarat jawatankuasa atau mesyuarat khas bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin di New York Islamic Center.

Keduanya, Imam Feisal juga merupakan anggota rasmi bagi pertubuhan elit Yahudi Zionis iaitu Council on Foreign Relation (CFR atau disebut juga sebagai CAFFIR) yang mana organisasinya dikawal selia oleh David Rockefeller. Keanggotaan Imam Feisal di dalam CFR adalah sebagai Pengarah bagi Suruhanjaya Penasihat Agama di CFR dan Pengerusi Cordoba Initiative.

Menurut laporan Corbett Report, hasil perbualan mereka dengan Nancy Pelosi, mendedahkan bahawa dana pengurusan Cordoba Initiative bukan disumbangkan oleh umat Islam tetapi beberapa pertubuhan elit antarabangsa.

Manakala dalam Steve Watson (prisonplanet.com), Imam Feisal (yang juga boleh berbahasa Melayu) jelas seorang boneka bagi CFR dalam usaha mereka merencanakan perang akhir zaman antara Islam dan barat. Watson juga menegaskan bahawa kos pembinaan Masjid Ground Zero bernilai USD100 juta dibiayai American Society for Muslim Advancement (ASMA).

Manakala dana tabung ASMA pula adalah daripada Carnegie Corporation of New York, the Ford Foundation, Rockefeller Brothers, Rockefeller Philanthropy dan Rockefeller Brothers Fund. Kesemuanya organisasi milik Yahudi Elit Zionis.

Menurut Jerry Mazza, penulis buku State Of Shock: Poems from 9/11 on, Imam Feisal telah meletakkan umat Islam Amerika di dalam bahaya serta membuatkan mereka sentiasa dikelilingi oleh rakyat-rakyat Amerika yang marah.

Kesimpulan

Rentetan dari isu ini sejak ia digembar-gemburkan oleh media-media antarabangsa, jelas menunjukkan bahawa ‘Pesta Membakar Al-Quran’ adalah satu helah Zionis untuk menimbulkan kemarahan umat Islam serata dunia.

Bagi merangsang kemarahan masyarakat Amerika pula, Zionis melalui agen-agennya membuka ruang kelulusan mendirikan projek pembinaan Masjid Ground Zero di tempat punca tercetusnya istilah ‘pengganas’ terhadap agama Islam pada 2001 iaitu kawasan runtuhan World Trade Center.

Pertembungan kemarahan kedua-dua belah pihak ini merupakan objektif utama Illuminati. Dan selepas itu kita dapat melihat di celah-celah pertembungan dan kemarahan itu, seorang individu muslim di sebelah pihak Islam dan seorang individu non-muslim akan menjadi hero dalam meredakan ketegangan yang timbul.

Untuk semua isu di atas, ‘key person’ bagi propaganda Illuminati 11 September 2010 kali ini ialah Imam Feisal Bin Abdul Rauf.

Mudah-mudahan Allah melaknat tipu helah Illuminati yang sentiasa merancang menjatuhkan agama Islam sejak ratusan tahun dahulu

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero

Al-Quran Bongkar Rahsia Masjid Ground Zero


Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;

taubah_107

Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman.

leslie_rockefeller

(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

taubah_109

Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

sharif_g

(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat.

mgz_site

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

jurang

Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

taubah_124

Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik …

MuQaDdiMAh....

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Diharap jika ada sebarang fakta serta artikel dalam blog ini yang menyeleweng atau telah menyinggung mana-mana pihak, harap dimaklumkan kepada moderator blog atas nama Editor Lujnah Media dan Dokumentasi ke mediamoderator@gmail.com. Terima kasih. =)